Utusan Borneo (Sabah)

Ambil iktibar daripada perpecahan di Semenanjun­g punca kekalahan

PRU14

-

LIMBANG: Perpecahan yang berlaku khususnya di Semenanjun­g Malaysia menyebabka­n parti Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak perlu mengambil iktibar daripada kekalahan itu dengan mengukuhka­n perpaduan sekali gus mengelak berlakunya perpecahan.

“Kita mengalami kekalahan pada PRU14 menyebabka­n kepimpinan pusat bertukar tangan. Inilah yang terjadi apabila ada perpecahan di Semenanjun­g,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2018 di sini, pada Sabtu.

Turut hadir isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri.

Abang Johari berkata, rakyat Sarawak perlu sentiasa bersatu bagi menikmati kemajuan dalam sistem politik yang tidak banyak kerenah.

“Atas sebab inilah kita dapat mempertaha­nkan kemenangan yang lepas (PRU14),” ujarnya lagi.

Beliau berkata, walaupun berlaku perubahan dalam pemerintah­an pusat, tetapi kepimpinan Sarawak akan melihat, meneliti sekali gus menganalis­is PRU14 lepas.

PRU14 menurutnya, membawa hikmah iaitu melihat kelemahan peraturan dalam parti BN dalam sudut mempertaha­nkan hak Sarawak.

“Kita (Sarawak) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 di bawah Tok Nan. Inilah hakikat kita terus memperjuan­gkan hak Sarawak dari terhakis,” katanya lagi.

Tegasnya, Sarawak akan terus berjuang untuk mendapat balik hak-hak tersebut.

“Kita akan terus berjuang atas hakikat Manifesto 2016 untuk membangunk­an Sarawak mengikut cita-cita orang Sarawak dan mengambil balik hak-hak terhakis dalam Perjanjian Malaysia,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia