Utusan Borneo (Sabah)

Gaji pengurus kanan GLC perlu sejajar dengan tanggungja­wab

Tanpa gaji kompetitif, GLC dapat individu tanpa kelebihan

-

KUALA LUMPUR: Gaji atau pendapatan pengurus kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak harus ditetapkan melebihi atau di bawah kadar pasaran dalam usaha mengendali­kan operasi GLC secara profesiona­l, sebaliknya ia perlu kompetitif seiring cabaran dan tanggungja­wab pengurusan perniagaan dengan kepentinga­n dan saiz seumpamany­a.

Penolong Profesor Pengurusan Asia School of Business Dr Renato Lima de Oliveira berkata Malaysia misalnya memiliki syarikat bertaraf dunia yang memerlukan bakat-bakat hebat dan GLC perlu menawarkan gaji yang kompetitif untuk mengambil mereka bekerja dan seterusnya kekal di GLC tersebut.

“Jika anda (GLC) tidak menawarkan gaji kompetitif, maka anda mungkin mendapat individu yang tanpa kelebihan dari segi kepelbagai­an dan berkelayak­an bagi menguruska­n syarikat terkemuka. Anda juga akan mendapat mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan di tempat lain kerana mereka bukanlah bakat hebat atau turut menerima individu yang dipengaruh­i agenda politik yang boleh menimbulka­n konflik dengan pengurusan yang bagus,” katanya dalam temu bual kepada Bernama menerusi e-mel baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad

“Jika anda (GLC) tidak menawarkan gaji kompetitif, maka anda mungkin mendapat individu yang tanpa kelebihan dari segi kepelbagai­an dan berkelayak­an bagi menguruska­n syarikat terkemuka. Anda juga akan mendapat mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan di tempat lain kerana mereka bukanlah bakat hebat atau turut menerima individu yang dipengaruh­i agenda politik yang boleh menimbulka­n konflik dengan ” pengurusan yang bagus DR RENATO LIMA DE OLIVEIRA

Penolong Profesor Pengurusan Asia School of Business

bahawa era eksekutif tertinggi di GLC meraih pendapatan lumayan tanpa mengira prestasi syarikat kini telah berakhir.

Perdana Menteri berkata sebelum ini, kerajaan berasa selesa menempatka­n penyokongn­ya di GLC dengan tawaran gaji tinggi tetapi ia menyebabka­n GLC sarat dengan banyak individu bukan profesiona­l dan tidak biasa dengan urusan perniagaan, sekali gus tersasar daripada matlamat asal penubuhann­ya.

De Oliveira berkata walaupun gaji ditawarkan syarikat adalah berbeza dengan yang lain, namun prinsip-prinsip itu boleh dijadikan panduan bagi menyemak semula pengurusan tertinggi GLC bagi memastikan syarikat mampu menarik bakat-bakat hebat

ini dengan ganjaran sesuai, sejajar dengan jawatan serupa di sektor swasta selain bebas daripada tekanan politik.

Menurutnya, sebagai contoh, ahli politik yang ada aspirasi mungkin sanggup menguruska­n syarikat dengan kadar gaji di bawah pasaran untuk jawatan setanding di sektor swasta dalam usaha mendapatka­n pendedahan awam dan membina jalinan rangkaian.

Namun, keputusan pelaburan bagi keuntungan politik akan hanya menimbulka­n konflik berbanding kaedah terbaik demi kemapanan syarikat.

“Dalam ekonomi, ia disebut pemilihan sakal atau berlawanan. Ini perlu dielakkan kerana memberi ruang berlakunya rasuah yang sememangny­a mahu dielakkan kerajaan,” katanya.

Menurutnya ini kerana syarikat-syarikat kerajaan di kebanyakan negara membangun turut berperanan sebagai alat sokongan politik dan menyamai menteri Kabinet.

Beliau yang juga Penyelidik Bersekutu di Massachuse­tts Institute of Technology turut menegaskan keperluan untuk memelihara GLC daripada tekanan politik dan perubahan kerajaan atau jawatan dalam Kabinet, selain kepentinga­n aspek ketelusan.

“Jika GLC lebih terbuka mengenai aktivitiny­a, perbelanja­an dan kontrak, ini dapat mengelakka­n salah urus dan rasuah. Namun pendedahan maklumat sahaja tidak mencukupi dan kebebasan media adalah kritikal untuk kewartawan­an penyiasata­n.

“Ini merupakan pembaharua­n yang diperjuang­kan oleh (kerajaan) Pakatan Harapan. Secara amnya, jika ini dilaksanak­an, ia akan membantu memperkuku­hkan kebertangg­ungjawaban syarikatsy­arikat di Malaysia dan politik secara amnya,” kata beliau.

Menurut de Oliveira, pihak pembangkan­g juga boleh memainkan peranan sebagai pihak bagi menseimban­gkan keadaan dengan memantau data, prestasi dan kontrak GLC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia