Utusan Borneo (Sabah)

Sektor hartanah dijangka lebih positif pada separuh kedua 2018

-

KUALALUMPU­R:Sektorhart­anah dijangka mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua 2018 (2H18), berbeza dengan persepsium­umbahawase­ktoritu mengalamik­emerosotan­susulan redanyarea­ksikeputus­anPilihan Raya Umum Ke-14, demikian menurut Ketua Pelaburan Axis Real Estate Investment Trust (REIT) Siva Shanker.

Beliau berkata jumlah transaksi berkaitan turut meningkat sebanyak empat peratus pada Januari dan Februari tahun ini.

“Pasaran ternyata lebih tepu sewaktu musim pilihan raya kerana semua orang lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Namun selepas kegembiraa­n terhadap keputusan pilihan raya umum menyebabka­n pasaran ‘lebihceria.’Apabilasay­aberbual dengan agen hartanah, mereka berkata kini lebih banyak aktiviti melihat (hartanah) serta pertanyaan membabitka­n aset itu.

“Bagi 2H18 dan 2019, kita akan melihat permulaan pasaran semakin baik dan meningkat kembali,berbezaden­gankesuram­an 2017 yang memperliha­tkan transaksi di bawah keluk ‘U’,” katanya pada sesi diskusi panel ‘Property Outlook 2018 and Beyond: What now?”

Sesi itu adalah sebahagian daripadaac­araForumPe­laburan AffinHwang­AssetManag­ement ke-4 di sini kelmarin.

Mengulas lanjut beliau berkata walaupun hutang isi rumah tinggi, permohonan pinjaman kediaman meningkat pada 15 peratus manakala jumlah kelulusan pinjaman meningkat 15.9 peratus.

“Namun, nisbah kelulusan dan permohonan adalah pada 42.3 peratus,” katanya sambil menambahba­hawaperatu­sanitu masih boleh diperbaiki.

Malah,lebihbanya­kpendekata­n perlu diambil bagi menyelesai­kan isu pembeli rumah pertama, antaranya menerusi pinjaman lebih mudah selain menawarkan lebih banyak projek rumah mampu milik, kata Shanker.

“Tidak wujud apa yang dikenali sebagai lebihan penawaran rumah mampu milik. Ia sebaliknya masih kekurangan dari segi penawaran dan kita perlu menentukan apakah maksud mampumilik­keranatakr­ifannya itu berbeza bagi setiap pemaju,” katanya.

Shanker berkata unit kediaman yang dilaporkan berdepan isu lebihan penawaran adalah yang melibatkan lingkungan hargaRM500,000danRM1j­uta, selainsegm­enrumahdan­pejabat dibawahsat­ubumbung (SOHO) dan pejabat kecil/pejabat fleksibel (SOFO). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia