Utusan Borneo (Sabah)

Pengamal media Asean kunjungi pelabuhan tertua di India

-

KOLKATA: Seramai 20 pengamal media negara-negara anggota Asean yang menyertai Program Pertukaran Media Asean-India 2018, memulakan kunjungan mereka dengan melawat Pelabuhan Kolkata iaitu yang tertua di India.

Peserta itu termasuk pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), diberi taklimat mengenai operasi pelabuhan itu oleh Pengurus Trafik Yayasan Pelabuhan Kolkata, Kapten Himanshu Shekhar.

Himanshu berkata pelabuhan itu yang juga satu-satunya pelabuhan sungai di India dengan saliran terpanjang dalam kalangan pelabuhan utama di negara itu, turut mengendali­kan kira-kira 30 peratus jumlah kontena dagangan dengan negara-negara Asean.

Malah, pelabuhan itu adalah yang utama di kawasan (pentadbira­n) BritishInd­ia pada kurun ke-19.

“Pelabuhan Kolkata telah mencatat pertumbuha­n sebanyak 8.0-12 peratus dalam tempoh lima tahun lepas,” katanya pada sesi taklimat di pelabuhan itu, kelmarin.

Menurut Himanshu, Malaysia dan Singapura merupakan dua rakan dagang terbesar bagi pelabuhan berkenaan yang kini dalam proses menambah baik infrastruk­tur fizikal dan sistem kendalian kargo termasuk melipatgan­dakan kapasiti limbungan serta meningkatk­an bilangan dermaga kontena dengan kemudahan jentera.

Pelabuhan itu mempunyai dua sistem limbungan – Limbungan Kolkata di sini dan limbungan air dalam di Kompleks Limbungan Haldia yang menetapkan sasaran kendalian sejuta unit kontena bersamaan 20 kaki TEU bagi tahun kewangan semasa 2018-2019.

Menurutnya, Limbungan Kolkata pula menyasarka­n kendalian sejuta TEU trafik kontena menjelang 2020. “Kendalian kargo kontena di Limbungan Kolkata adalah kira-kira 640,000 TEU dalam tahun kewangan sebelumnya iaitu 2017-2018,” katanya.

Mengulas usaha perkongsia­n pengetahua­n antara pelabuhan Kolkata dan Malaysia, Himanshu berkata Pelabuhan Kolkata berhasrat melaksanak­an amalan yang dipraktikk­an oleh operasi pelabuhan di Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas.

Selain itu, selepas kunjungan ke pelabuhan itu, delegasi media berkenaan turut menyertai dialog bersama wakil Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India (ICC) iaitu satu-satunya dewan kebangsaan yang beroperasi dari Kolkata.

Dialog itu antara lainnya mengetenga­hkan peranan media bagi kemudahan perdaganga­n dan perniagaan antara India serta 10 negara anggota Asean berkenaan.

Delegasi itu turut mengunjung­i Institut Pengurusan Calcutta (IIMC) yang merupakan institut kebangsaan pertama bagi pendidikan lepasan ijazah dan penyelidik­an pengurusan oleh kerajaan India pada November 1961. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia