Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur tempatan dan asing dipelawa majukan Industri Kenaf

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Industri Utama mempelawa pelabur tempatan dan asing untuk bekerjasam­a dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi membangunk­an industri kenaf yang mempunyai pasaran besar di dalam serta luar negara.

Menterinya, Teresa Kok berkata industri kenaf mempunyai potensi besar serta berdaya saing untuk dibangunka­n sebagai bahan mentah alternatif kepada industri berasaskan biokomposi­t, perabot, pembinaan dan automotif.

“Kita mempelawa mereka (pelabur) untuk melihat bagaimana produk berasaskan kenaf boleh dibangunka­n untuk dieksport kerana kesesuaian produk kenaf untuk negara musim sejuk mahu pun panas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat LKTN di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menterinya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pengarah LKTN Samsuddin Noor.

Mengulas selanjutny­a, Teresa berkata berdasarka­n Pelan Induk Pembanguna­n Industri Kenaf Malaysia, sejumlah RM350 juta dianggarka­n dapat dijana bagi pasaran domestik manakala permintaan di pasaran dunia dijangka mencapai RM3.5 bilion menjelang 2025.

“Namun penanaman kenaf masih agak baharu di negara kita dan ia mula ditanam secara komersial sejak 2010 bagi menggantik­an tanaman tembakau.

“Dalam hal ini kerajaan telah menyediaka­n pelbagai bantuan dan insentif untuk menggalakk­an pembanguna­n industri kenaf agar ia dapat menjana pendapatan bagi pekebun kecil yang kebanyakan tinggal di kawasan luar bandar,” katanya.

Menurut Teresa, pada tahun lepas, seluas 2,213 hektar kawasan penanaman kenaf telah dibangunka­n manakala tahun ini LKTN menyasarka­n kawasan seluas 2,500 hektar ditanam dengan tumbuhan itu.

Malah, setakat ini sebanyak 1,000 pekebun kecil dengan purata pendapatan sebanyak RM1,750 sebulan terlibat secara langsung mengusahak­an tanaman kenaf bagi pengeluara­n fiber serta benih.

“Saya ingin memaklumka­n bahawa Kilang Perintis Pemprosesa­n Produk Bukan Anyaman yang dibangunka­n dengan kos RM26.5 juta oleh LKTN, dijangka beroperasi di Setiu, Terengganu mulai tahun depan.

“Kilang ini akan menjadi fasiliti pertama di negara ini yang mampu menghasilk­an fiber berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata kilang tersebut mampu mengeluark­an sebanyak 2,400 tan metrik produk kenaf bukan anyaman setahun dengan nilai RM16 juta untuk pasaran eksport dan domestik berbanding hanya RM1.84 juta nilai jualan produk kenaf negara pada tahun lepas. — Bernama

 ??  ?? TERESA menunjukka­n pokok kenaf sewaktu melawat pameran pada Lawatan Kerja Ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Dataran Kenaf Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. — Gambar Bernama
TERESA menunjukka­n pokok kenaf sewaktu melawat pameran pada Lawatan Kerja Ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Dataran Kenaf Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia