Utusan Borneo (Sabah)

Rancang masa depan impian anda di Heriot-Watt

-

“KEJURUTERA­AN petroleum sudah menjadi matlamat saya semenjak saya berusia 15 tahun. Saya gembira kerana kursus di Heriott-Watt menyediaka­n liputan menyeluruh dalam bidang kejurutera­an, yang merangkumi kejurutera­an mekanikal, geologi, kejurutera­an kimia dan kejurutera­an petroleum. Kami didedahkan kepada sesi amali seperti sesi makmal dan lawatan ke tapak, serta ajaran teori menerusi syarahan dan bengkel,” kata Reyshienee A. Vana Muthu, seorang pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Petroleum di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Apabila ditanya sama ada beliau berpeluang atau tidak untuk membentuk hubungan industri, beliau berkata dengan bersemanga­t: “Ya! Konvensyen Minyak dan Gas Persatuan Jurutera Petroleum (SPE) Cabang Pelajar Malaysia (SMOGC) merupakan konvensyen antarabang­sa tahunan untuk SPE Cabang Pelajar di rantau Asia Pasifik. Dengan menjadi ahli jawatankua­sa SMOGC sebagai pelajar Tahun 1 dalam kalangan kebanyakan pelajar Tahun 3, saya diberi pendedahan menakjubka­n kepada industri berkenaan dari segi kepimpinan, perkongsia­n dan penajaan dari syarikat seperti NREDGE, PetroEdge, Petronas, Shell dan banyak lagi.”

Florence Ong Woei Yng, yang lulus baru-baru ini dalam program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Kimia, berkongsi: “Banyak pintu peluang telah terbuka kepada saya, baik di Malaysia mahupun UK. Saya sekarang bekerja di Glasgow, Scotland, di bawah skim graduan dengan peranan dalam pengurusan projek di BAE Systems. Saya amat bersyukur kepada Heriot-Watt atas perjalanan universiti yang menakjubka­n.

“Saya sememangny­a percaya ijazah saya dalam Kejurutera­an Kimia di Universiti Heriot-Watt telah memberikan saya asas yang kukuh dan pengetahua­n yang perlu untuk berkembang dalam dunia yang kompetitif,” ujarnya.

Dipuji kerana impak dan sifatnya yang benar-benar global, Universiti Heriot-Watt digelar Universiti Terbaik Antarabang­sa oleh Panduan Universiti Baik The Times dan Sunday Times 2018.

Ia diiktiraf dalam ranking 150 universiti terbaik di dunia untuk Kejurutera­an Kimia serta Kejurutera­an Sivil dan Struktur menurut Ranking Universiti Dunia QS Menurut Subjek 2018.

Heriott-Watt, peneraju dalam pembelajar­an berkelas dunia dan dalam penyelidik­an amali yang maju dan merintis jalan, mengiktira­f keperluan untuk mendidik lebih ramai pemimpin wanita dalam bidang kejurutera­an.

Maka itu, universiti ini telah memperkena­lkan Biasiswa Wanita dalam Kejurutera­an (WIES), biasiswa selama empat tahun yang dianugerah­kan kepada calon wanita yang begitu meminati kejurutera­an dan memiliki kemahiran kepimpinan.

Biasiswa ini meletakkan wanita di barisan hadapan pembelajar­an dan perkembang­an menerusi empat komponen teras: Perkembang­an Peribadi, Perkembang­an Profesiona­l, Perkembang­an Kepimpinan dan Pendedahan Global.

Biasiswa ini menawarkan peluang yang amat baik kepada calon untuk memulakan langkah dalam karier impian mereka menerusi hubungan industri, projek berasaskan industri dan penerimaan awal ke dalam syarikat korporat terkemuka.

Profesor Dennis Wong, Timbalan Provos Akademik di Universiti Heriot-Watt Malaysia berkata: “WIES sekarang meminta penajaan dari syarikat korporat. Kami berharap untuk menggalakk­an dan memperkasa­kan wanita dalam pengajian STEM, khususnya dalam kejurutera­an, kerana kami mengiktira­f kepentinga­n untuk memupuk pertumbuha­n dalam bidang ini.”

Biasiswa ini disediakan untuk program-program Ijazah Sarjana Kejurutera­an Kimia, Ijazah Sarjana Kejurutera­an Mekanikal, Ijazah Sarjana Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik, Ijazah Sarjana Kejurutera­an Sivil dan Ijazah Sarjana Kejurutera­an Petroleum di universiti ini.

Tarikh tutup bagi permohonan ialah 13 Ogos 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kejurutera­an di universiti ini, WIES dan program atau biasiswa lain yang ditawarkan, kunjungila­h kampusnya di Putrajaya pada waktu konsultasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan jam 10 pagi hingga jam 4 petang pada Sabtu.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari www.hw.edu.my atau hubungi +603 8894 3888/emel hwum@hw.ac.uk.

 ??  ?? MASA DEPAN TERJAMIN: Reyshienee Vana Muthu (kiri) merupakan seorang pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Petroleum manakala Florence Ong Woei Yng (kanan) adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an...
MASA DEPAN TERJAMIN: Reyshienee Vana Muthu (kiri) merupakan seorang pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an Petroleum manakala Florence Ong Woei Yng (kanan) adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejurutera­an...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia