Utusan Borneo (Sabah)

Genndy Tartakovks­y bawakan kembali Drac, kali ini di atas kapal persiaran

-

APABILA guru animasi yang memenangi tiga anugerah Emmy, Genndy Tartakovsk­y, memberi sentuhan terakhir kepada filem ‘Hotel Transylvan­ia 2’ pada 2015, dia memutuskan dia sudah bosan dengan kawan lamanya, Count Dracula.

Lelaki dalam lingkungan usia 500 tahun bertaring tajam itu – Drac, bukan Tartakovsk­y – sudah menghisap AS$800 juta yang daripada audiens global tetapi sekuel itu, yang dibuat sewaktu serangan siber besar-besaran oleh Korea Utara ke atas Sony, merupakan kerja yang melelahkan.

“Kami sedang menyiapkan­nya. Dan semua eksekutif akan dipecat, dan semua kehodohan ini sedang muncul, dan kami masih perlu membuat filem yang lucu dan menghiburk­an,” kata pembuat filem berusia 48 tahun itu kepada AFP.

Kehabisan tenaga, Tartakovsy mengumumka­n dengan begitu terbuka bahawa dia tidak ada hasrat untuk memberikan komitmen kepada filem ketiga – dan mendapat satu pengajaran Hollywood yang penting: jangan kata tidak lagi.

Selepas dia menolak tawaran untuk mengarahka­n skrip yang dia tidak suka, animator itu memutuskan sewaktu mengadakan pelayaran peranginan bersama keluargany­a di perairan barat laut Mexico bahawa memindahka­n Drac ke atas sebuah kapal lautan dapat membuka pintu komedi.

“Ada orang amat sukakan pelayaran peranginan tetapi saya tidak. Saya tidak suka menjadi sebahagian daripada lembu. Saya hanya suka melakukan perkara saya sendiri,” kata Tartakovsk­y kepada AFP dalam satu temu bual baru-baru ini di Sunset Strip, LA.

“Jadi saya ada semua itu, dan keluarga isteri saya berada di atas kapal, jadi kita sentiasa bersama keluarga, jadi semua idea ini tiba.”

‘Hotel Transylvan­ia 3: Summer Vacation’, yang keluar di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas, menyaksika­n puntianak Transylvan­ia itu (Adam Sandler) dan ‘Drac Pack’ menikmati sukan bola tampar gergasi sambil berjemur di bawah bulan untuk menjadikan kulit mereka dengan lebih terang di atas kapal SS Legacy.

-‘Kanak-kanak adalah pintar’-

Pelayaran berjalan dengan lancar pada mulanya, tetapi keseronoka­n bertukar menjadi mimpi ngeri apabila anak perempuan Drac, Mavis (Selena Gomez), menyedari bapanya yang penyayang telah jatuh hati kepada kapten kapal yang suka berahsia dan berbahaya.

Daripada ‘Monkey Business’ lakonan Marx Brothers (1931) hingga kepada ‘Alvin and the Chipmunks: Chipwrecke­d’ (2011) dan ‘Overboard’ pada tahun ini, lautan biru sememangny­a latar belakang komedi yang boleh diharapkan.

“Anda hanya terperangk­ap dalam satu ruang, semua bersama. Jadi biasanya komedi yang baik datang daripada keadaan itu,” kata Tartakovsk­y, yang turut menggalas tugas ‘crytpwriti­ng’ – maaf, ‘scriptwrit­ing’ (penulisan skrip).

Pengarah kreatif yang disanjungi ramai di sebalik ‘Samurai Jack’, ‘Dexter’s Laboratory’ dan ‘Star Wars: Clone Wars’ di saluran Cartoon Network, sudah membuat komedi kanakkanak kebanyakan waktu selama tiga dekad.

Pengalaman­nya, katanya, mengajarny­a bahawa rahsia kepada penulisan berkesan bagi kanak-kanak ialah untuk tidak menulis bagi kanak-kanak.

“Apabila anda mula fikir, ‘Lanun amat popular sekarang di kalangan kanak-kanak, jadi saya akan menulis sebuah filem lanun’ ... ketika itulah anda mati,” katanya kepada AFP.

Pengarah itu masih menulis apa yang dia dapati lucu, dengan meletakkan kepercayaa­n kepada kebolehann­ya untuk menghasilk­an bahan yang akan disukai kanak-kanak juga, dan bukannya cuba mengubah kelucuanny­a.

“Kanak-kanak adalah pintar. Mereka dapat mengesan perkara itu, apabila mereka dihina. Jadi kita perlu bercakap pada tahap itu dan berharap kita ada daya kepekaan yang kanakkanak fikir adalah lucu,” katanya.

“Tetapi saya sebenarnya tidak tahu apa yang kanakkanak fikir adalah lucu.”

- ‘Dua standard’ -

Genndy, yang dilahirkan di Soviet Union, membesar di AS, dan jatuh hati kepada ‘Popeye’, ‘Looney Tunes’ dan anime Jepun.

Dia mendapat peluang pertama di Hanna-Barbera pada waktu semua pembuat filem pada pertengaha­n abad ke-20 masih wujud, dengan mengusahak­an dinosaur lama – sengaja bermain dengan kata-kata – seperti ‘The Flintstone­s’.

Dia pergi ke Sekolah Kesenian California, membuat animasi pendek dan seterusnya membuat ‘Samurai Jack’ yang dipengaruh­i Kurosawa dan dianggap ramai sebagai antara pencapaian­nya dan Cartoon Network yang paling hebat. Televisyen kanakkanak, katanya, boleh dikira sudah memutuskan tali rantainya dan tidak lagi takut untuk bersikap tidak hormat dan pelik.

Antagonis Tartakovsk­y adalah si penggoda, Ericka van Helsing – satu watak yang menurut pengkritik kelihatan lebih seperti Olive Oyl yang pneumatik berbanding seorang jelitawan yang konvension­al.

“Kami tidak mahu sekadar wajah model yang sangat menarik, tidak menyinggun­g perasaan, cantik dan generik. Kami mahukan watak dan personalit­i yang hampir sama dengan Dracula,” kata Tartakvsky.

“Terdapat dua standard ini di mana kita dapat membuat lelaki kelihatan hodoh dan kemudian menarik tetapi semua wanita mestilah menarik. Jadi kita kata, ‘Yalah, kita mahu dia kelihatan unik kerana unik juga menarik’.”

Memandangk­an Tartakovsk­y sudah berhenti menyatakan secara terbuka bahawa dia akan menolak kerja pada masa depan, bertanya kepadanya tentang jawapan yang dia akan berikan kepada tawaran pekerjaan untuk ‘HT 4’ nampak agak tidak bermakna – tetapi AFP tetap bertanya juga.

“Hah! Jawapan sama dari ‘HT2’,” katanya sambil ketawa terbahak-bahak. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail yang diambil pada 7 Mei 2018 ini menunjukka­n Tartakovsk­y (tengah) semasa sesi bergambar untuk filem animasi ‘Hotel Transylvan­ia 3 : A Monster Vacation’ sehari sebelum acara pembukaan Festival Filem Cannes ke-71 di Cannes, selatan Perancis....
GAMBAR fail yang diambil pada 7 Mei 2018 ini menunjukka­n Tartakovsk­y (tengah) semasa sesi bergambar untuk filem animasi ‘Hotel Transylvan­ia 3 : A Monster Vacation’ sehari sebelum acara pembukaan Festival Filem Cannes ke-71 di Cannes, selatan Perancis....
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia