Utusan Borneo (Sabah)

Lawak Kampus dan Boboiboy Galaxy bergabung

-

PERNAHKAH anda membayangk­an apa yang akan berlaku apabila watak-watak buku komik, Lawak Kampus, bergabung dengan karakter Boboiboy Galaxy, siri animasi Malaysia, dalam misi untuk menyelamat­kan dunia?

Ia sudah pasti mengujakan peminatnya apabila mereka berpeluang mengikuti watak-watak kegemaran mereka dalam Lawak Kampus seperti Vanness, Froggy dan Aditas, yang terkenal dengan kenakalan mereka, bergabung dengan geng Boboiboy Galaxy seperti Boboiboy, Fang, Yaya Yah dan Ying untuk menyelamat­kan dunia selepas mereka diculik makhluk asing.

Dianggap sebagai kolaborasi pertama antara komik tempatan dan produksi animasi, pencipta Lawak Kampus, Chong Kah Wee atau lebih dikenali dengan gelaran Keith, berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaa­n untuk peminat tegar mereka yang telah menyokong mereka sejak komik komedi itu membuat penampilan sulungnya pada 2003.

“Inisiatif yang menarik sempena meraikan ulang tahun ke-15, dengan menyuntik idea baharu untuk mengujakan peminat kami selain menarik peminat dari alam lain, terutama pengikut Boboiboy Galaxy.

“Semuanya bermula tahun lepas apabila saya menghubung­i dan menyuaraka­n idea itu kepada Animonsta Studios, syarikat animasi tempatan yang menghasilk­an Boboiboy Galaxy, untuk menerbitka­n komik edisi khas ini dan saya gembira apabila dimaklumka­n mereka berminat untuk menghasilk­an projek besar ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran komik Lawak Kampus sempena ulang tahun ke15 di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya mengapa beliau memilih Boboiboy Galaxy, Keith berkata kedua-dua jenama Boboiboy Galaxy dan Lawak Kampus popular dalam kalangan pelajar sekolah dan beliau mahu memanfaatk­an peluang itu untuk mengukuhka­n jenama Lawak Kampus di negara ini.

Artis berusia 42 tahun yang menetap di Taman Desa di Kuala Lumpur, berkata penerbitan komik edisi khas bertajuk ‘Boboiboy Galaxy x Lawak Kampus: Superior’ itu sangat mencabar kerana ia melibatkan kerja keras kedua-dua pihak dan setakat ini ia adalah projek terbesar beliau sejak mula membabitka­n diri dalam dunia komik 16 tahun yang lalu.

Beliau berkata komik ‘Boboiboy Galaxy x Lawak Kampus: Superior’ boleh dibeli dengan harga RM25 senaskah di kedai buku utama di seluruh negara bermula 31 Ogos.

Mengenai pameran itu yang merupakan penganjura­n kedua di Balai Seni Negara selepas kali pertama pada 2013, Keith berkata kali ini, pengunjung berpeluang menikmati diorama 3D (tiga dimensi) Lawak Kampus (karya seni tanah liat).

“Selain itu, pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lapan karya asal Lawak Kampus yang mendapat inspirasi hasil artis terkemuka dari seluruh dunia, serta melihat ruang kerja Keith dan melawat Gerai Lawak Kampus yang menjual barangan dan komik edisi terhad,” katanya.

“Terdapat 100 lakaran asal yang dipamerkan yang dapat memberi gambaran kepada pengunjung bagaimanak­ah rupa komik itu sebelum ia diterbitka­n dan kebanyakan lakaran itu juga boleh dibeli dengan harga RM200 setiap satu,” kata Keith.

Ditanya mengenai perancanga­nnya selepas ini, lulusan animasi 3D dari Sheridan College, Kanada ini yang mengagumi F. Fujio, pelukis komik warga Jepun yang menghasilk­an komik popular Doraemon, berkata beliau belum memikirkan­nya lagi kerana tumpuannya kini hanya untuk menghasilk­an karya terbaik untuk pembacanya.

Sejak membuat penampilan dalam industri komik, Keith telah mengukuhka­n kedudukann­ya, dinobatkan salah seorang artis komik terbaik di Asia Tenggara dan mendapat pelbagai anugerah seperti Komik Luar Negara Terbaik pada Pertanding­an Komik dan Oriental Animasi 2007 dan Artis Komik Cemerlang di majlis Anugerah Perniagaan Terbaik China-ASEAN pada 2017.

Pameran dua minggu yang bertemakan ‘Non-Stop Laughs’ terbuka kepada semua dan kemasukan adalah percuma bermula 10 pagi hingga 6 petang sehingga 25 Julai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia