MOA kumpul maklumat
Bangunkan model baharu industri padi beras komprehensif
PUTRAJAYA:Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini berusaha mendapatkan maklumat dan pandangan bagi membangunkan satu model baharu industri padi dan beras yang lebih komprehensif.
Menurut kenyataan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), beberapa sesi rundingan bersama pemain industri yang terdiri daripada pesawah, pengilang, pemborong telah diadakan untuk mendapatkan pandangan.
“Ini termasuk mengkaji semula peraturan-peraturan sedia ada dan mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memastikan peraturan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa,” katanya.
Mengenai Permit Pemindahan Beras, MOA dalam proses membangunkan sistem permohonan secara dalam talian seperti mana permohonan lesen lain yang berkait dengan pengedaran padi dan beras seperti lesen borong beras dan lesen runcit beras.
“Pada masa ini kelulusan segera boleh diperoleh serta merta dari pejabat kawalselia padi dan beras di setiap negeri dan tempoh sah permit adalah selama tiga hari,” katanya.
Khamis lepas, Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) meminta kerajaan memansuhkan permit pemindahan beras kerana ia melambatkan proses pengagihan, sekali gus memungkinkan pengeluar berhadapan penalti lebih tinggi.
Pengeluar beras terkemuka negara jenama Faiza itu menggesa kerajaan mengkaji semula kesesuaian kadar rebat jualan di pasar raya yang dianggap terlalu tinggi sehingga membebankan syarikat bumiputera.
Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, pada masa ini, pemindahan keluar beras dari setiap daerah dikenakan permit yang memerlukan kelulusan kira-kira tiga hari bekerja.- Bernama
“Ini termasuk mengkaji semula peraturan peraturan sedia ada dan mengemukakan cadangan penambah b a ikan bagi memastikan peraturan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa,” Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)