Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Permaisuri Selangor ke Sambutan Jubli Emas Sekolah Seri Puteri

-

CYBERJAYA: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Ahad berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Seri Puteri (SSP) ke-50 di sini.

Keberangka­tan tiba baginda disambut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Pengetua sekolah Roslina Ahmad, guru dan pelajar SSP.

Pada majlis itu Tengku Permaisuri Selangor berkenan melafazkan perasmian Jubli Emas SSP.

Majlis santapan diraja dan jamuan jubli emas itu diserikan dengan persembaha­n pelajar-pelajar SSP termasuk sebutan korus, tarian, caklempong dan pancaragam pelajar sekolah itu.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengadakan lawatan ke Galeri Warisan sekolah.

SSP yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 6 Mei 1968 dan kumpulan pertama pelajarnya merupakan 144 pelajar tingkatan empat yang ditempatka­n di dalam tiga buah kelas.

Pada Mac 2003, SSP dipindahka­n dari Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur ke premis baharu di Persiaran Tasik Cyberjaya. Sekolah Bestari Elit ini dibina di atas tapak seluas lapan hektar di Flagship Zone Cyberjaya.

Sementara itu, Maszlee ketika berucap pada majlis berkenaan berkata sekolah berasrama penuh (SBP) seperti SSP perlu memainkan peranan untuk memupuk daya kreativiti pelajar.

Untuk itu, beliau berkata golongan pendidik perlu anjakan paradigma dalam pembelajar­an dan pengajaran agar proses pembelajar­an lebih kritis dan inovatif.

“Pendidik perlu berganjak dari cara pembelajar­an dalam hafalan dan di luar cara konvension­al. Jangan melihat pembelajar­an secara tradisiona­l sebaliknya menerokai ruang-ruang pembelajar­an terbuka agar boleh berfikir secara kreatif dan menjadi peneroka abad ke-21,” katanya.-Bernama

 ??  ?? TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan menerima cenderahat­i daripada Pengetua Sekolah Seri Puteri Roslina Ahmad (dua, kiri) selepas menyempurn­akan perasmian Sambutan Jubli Emas ke-50 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya,...
TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan menerima cenderahat­i daripada Pengetua Sekolah Seri Puteri Roslina Ahmad (dua, kiri) selepas menyempurn­akan perasmian Sambutan Jubli Emas ke-50 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia