Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas tabah jaga isteri sakit

-

JERLUN: Seorang warga emas di Kampung Matang Paku, Ayer Hitam, di sini tidak menjadikan usianya yang sudah mencecah tiga suku abad sebagai penghalang untuk menjaga isterinya yang sakit.

Ismail Saleh, 75, berkata isterinya Rokiah Tayed, 69, yang menghidap penyakit parkinson itu tidak mampu melakukan sebarang kerja rumah selain tidak dapat bergerak secara sendiri sejak beberapa tahun lalu.

“Mak cik tak boleh bergerak sendiri, kalau mahu ke bilik air pun pak cik yang akan angkat jadi, semua kerja rumah termasuk memasak dan mengemas rumah pak cik akan lakukan kerana kami tinggal berdua sahaja.

“Makan dan minum pula kami bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kadang-kadang ada orang yang datang menghantar bekalan barang seperti beras,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya mereka terpaksa bergantung pada duit bantuan tersebut kerana dia tidak boleh bekerja berikutan perlu sentiasa berada di rumah untuk menjaga isterinya.

Kehidupan Ismail dan isterinya semakin menyedihka­n apabila rumah kayu dua tingkat yang dihuninya sejak kecil berada dalam keadaan usang.

Sementara itu, Datuk Aziz Mahmud yang merupakan Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang turut hadir, berkatabel­iauakanmem­bawa perkara itu ke Mesyuarat Tindakan Pembanguna­n Daerah yang akan diadakan minggu depan.- Bernama

 ??  ?? DATUK Aziz (dua, kiri) melawat Ismail (kiri) dan isteri Rokiah yang hidup dalam kedaifan dan uzur ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Matang Paku, Jerlun pada Ahad. -Gambar Bernama
DATUK Aziz (dua, kiri) melawat Ismail (kiri) dan isteri Rokiah yang hidup dalam kedaifan dan uzur ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Matang Paku, Jerlun pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia