Utusan Borneo (Sabah)

Muar berpotensi dibangunka­n sebagai hab pertanian

-

MUAR: Daerah Muar berpotensi dibangunka­n sebagai hab pertanian memandangk­an daerah ini mempunyai tanah yang luas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata antara sektor pertanian yang mempunyai potensi untuk dibangunka­n di daerah Muar ialah tanaman herba, kelapa matag, durian dan kerang-kerangan.

“Saya akan melihat sendiri potensi-potensi ini dan akan mewujubkan pendekatan urus tadbir di peringkat kementeria­n dan jabatan dengan lebih terurus bagi membangunk­an industri pertanian negara,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke Ladang Rempah Ratus dan Herba Nasuha di sini, pada Ahad.

Salahuddin berkata tanaman herba telah terbukti berjaya di Muar apabila terdapat ladang dan kilang herba di Ladang Rempah Ratus dan Herba Nasuha, manakala tanaman kelapa matag sesuatu yang perlu dibangunka­n kerana potensinya yang sangat besar

Katanya selain itu juga daerah ini mempunyai durian pelbagai varieti seperti Musang King dan IOI yang rasanya setanding dengan durian daripada Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan serta Bentong, Pahang.

“Produk pertanian lain, kerang-kerangan di pantai Muar tidak kekurangan dan ia harus diberi galakan,” katanya.

Salahuddin berkata ini adalah sektor-sektor yang akan beliau ambil tanggungja­wab penuh untuk dibangunka­n mengikut objektif yang telah ditetapkan.

“Kita akan lihat lebih spesifik nanti beberapa sektor, mungkin durian, herba.. kita telah ada dan Muar merupakan satu daerah yang besar dan mempunyai tanah yang luas,” katanya.- Bernama

 ??  ?? SALAHUDDIN (dua, kanan) ketika melawat kilang pemprosesa­n rempah ratus ketika melawat Taman Rempah Ratus Nasuha , pada Ahad.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nasuha Herbs, Nasuha Kasian (kanan). -Gambar Bernama
SALAHUDDIN (dua, kanan) ketika melawat kilang pemprosesa­n rempah ratus ketika melawat Taman Rempah Ratus Nasuha , pada Ahad.Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nasuha Herbs, Nasuha Kasian (kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia