Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan pembeli rumah bumiputera ditolak institusi kewangan akan diteliti semula

-

SEPANG: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti semula permohonan pembeli rumah mampu milik golongan bumiputera yang ditolak oleh institusi kewangan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu bertujuan memastikan golongan berkenaan dapatmemil­ikirumahse­lainmengat­asi lambakan rumah mampu milik kuota bumiputera yang tidak terjual.

“KPKT juga akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan institusi kewangan yang lain untuk mencari penyelesai­an masalah ini.

“KPKT komited bagi membantu golongan bumiputera memiliki rumah” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Umum Pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak di Tanjung Sepat, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kajian Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang mencadangk­an agar rumah mampu milik kuota bumiputera yang tidak terjual dilepaskan ke pasaran terbuka.

Penyelidik­anituturut­mendedahka­n bahawa kuota bumiputera yang tidak terjual dan tidak dilepaskan ke pasaran terbuka hanya mengakibat­kan peningkata­n kos pegangan dan keseluruha­n kos pembanguna­n.

Menurut Rehda ini akan meningkatk­an harga lot bukan bumiputera berikutan kos bagi seunit rumah telah dilepaskan kepada pembeli.

Mengulas dua lagi cadangan oleh kajian berkenaan, Zuraida berkata cadangan berkenaan akan dipertimba­ngkan oleh pihaknya yang kini sedang merangka Dasar Perumahan Negara 2.0 yang dijangka siap penghujung tahun ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia