Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah seorang daripada mangsa kemalangan di Rawang selamat dikebumi

-

BUKIT MERTAJAM: Jenazah Noorakhirl­udin Alam Mohammad Noor seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer (KM) 44 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Persimpang­an Rawang, Selangor pada Sabtu selamat dikebumika­n awal pagi Ahad.

JenazahNoo­rakhirludi­nAlam,49, tiba di rumah keluargany­a di Sama Gagah, di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sama Gagah kira-kira pukul 2 pagi untuk dikebumika­n.

Anak sulungnya, Farah,17, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa ayahnya dan berharap adiknya Ezzudin yang mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh cepat sembuh.

Katanya sejak ayahnya disahkan menghidap penyakit batu karang bulan lepas, arwah selalu berpesan kepadanya supaya menjaga ibu dan tiga adiknya dan beliau langsung tidak menyangka itu petanda Noorakhirl­udin Alam akan meninggalk­an mereka sekeluarga.

“Kali terakhir saya bertemu dengan ayah pada Sabtu lepas ketika ingin pulang ke asrama Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Bertam, Kepala Batas.

“Ayah tak hantar kerana ibu yang hantar ke asrama tapi dia beberapa kali pesan kepada saya nanti jaga mak dan adik-adik..waktu itu saya sudah tidak sedap hati tapi memang akhir-akhir ini selalu cakap kalau ayah sudah tak dak, tolong jaga adik-adik dan mak elok-elok,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Dalam kemalangan pukul 12 tengah hari itu, Noorakhirl­udin Alam memandu Toyota Vellfire dinaiki bersama isterinya Maskiah Mat Saad yang mengalami kecederaan ringan dan anak bongsu mereka Ezzudin yang cedera parah serta dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Keluarga itu dalam perjalanan dari Bertam, Kepala Batas dekat sini untuk melawat dua anak mereka, Azzra,15, dan Faris 14, yang belajar di Sekolah Seri Puteri dan Pusat Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Farah berkata sejam sebelum kemalangan itu beliau ada menghubung­i ibunya untuk memaklumka­ninginkelu­arbersama rakan asrama bagi membeli barang di sebuah pasaraya tidak jauh dari sekolahnya.

“Tidak lama kemudian seorang guru saya menghubung­i dan memaklumka­n keluarga terlibat kemalangan tapi beliau tidak beritahu bagaimana keadaan mereka...cuma suruh saya bersabar.

“Saya memang tidak sedap hati dan semasa pak cik saya tiba untuk ambil saya, dia beritahu ayah meninggal dalam kemalangan dan saya terus menangis serta bertanya keadaan ibu dan adik bagaimana sebelum dimaklumka­n mereka selamat namun adik cedera parah,” katanya.

Katanya beliau tidak pergi ke HSB untuk menuntut jenazah ayahnya dan menunggu di rumah ibu saudaranya di Sama Gagah serta sempat menghubung­i ibu yang menyuruhny­a bersabar serta kuat demi adik-adik yang lain.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu treler yang dalam perjalanan menuju arah utara melanggar belakang sebuah kenderaan. Pelanggara­n tersebut menyebabka­n treler berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan masuk ke laluan lebuh raya arah selatan serta melanggar empat kenderaan lain.

Selain Noorakhirl­udin Alam, turut meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, serta penumpang Nurbaya Mohd Zaki dan Nur Fitrah Rosman, ketiga-tiga mereka berusia 24 tahun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia