Utusan Borneo (Sabah)

Wanita tujuh hari minum air radiator kenderaan selepas nahas terselamat

-

CALIFORNIA: Seorang wanita Oregon yang hilang sejak seminggu lepas diselamatk­an dari bawah cerun pantai California di mana mangsa bertahan dengan meminum air dari radiator kenderaan utiliti sukannya yang remuk, menurut pihak berkuasa semalam.

Angela Hernandez, 23, dari Portland telah ditemui pasangan pendaki pada petang Jumaat selepas melihat kenderaan Jeep Patriot SUV yang separuh tenggelam di bahagian bawah sebuah gaung sedalam 200 kaki di kawasan Big Sur, menurut jurucakap Pejabat Syerif Monterey John Thornburg.

Kehilangan­nya mendapat perhatian meluas selepas mangsa dan kenderaann­ya dilihat kali terakhir melalui video pengawasan di stesen minyak Carmel pada 6 Julai, kira-kira 50 batu di utara laluan Lebuh Raya 1 di mana beliau telah ditemui.

Para pendaki tersebut menemui Hernandez dalam keadaan sedar, masih bernafas dan mengalami kecederaan pada bahagian bahu, jelas Thornburg.

Pihak penyelamat berjaya membawa mangsa naik ke atas cerun dan ke dalam helikopter yang menerbangk­annya ke hospital berhampira­n.

Mangsa dalam keadaan yang baik dan stabil namun kelihatan mengalami kecederaan semasa kejadian, menurut Peronda Lebuh Raya California.

Hernandez memberitah­u pihak penyiasat dia membelok gara-gara cuba mengelak daripada melanggar seekor haiwan di Highway 1 pada 6 Julai lalu terjunam dari cerun di utara Jalan Nacimiento Fergusson.

“Mangsa terus bertahan untuk hidup dengan meminum air dari radiator kenderaann­ya,” menurut pihak peronda.

Hernandez membuat perjalanan darat dari kediamanny­a di Portland untuk melawat kakaknya Isabel di Lancaster, daerah Los Angeles ketika mengalami kemalangan.

“Adik saya berjuang untuk hidup selama tujuh hari bersendiri­an 200 kaki di bawah sebuah gaung di HW1,” kakaknya Isabel Hernandez menyatakan dalam kenyataan Facebook kelmarin.

“Kejadian ini amat traumatik dan menjadi proses pemulihan yang perlahan. “— Reuters

 ??  ?? HERNANDEZ dikerumuni anggota penyelamat di bawah tebing di daerah Monterrey, California pada Jumaat lalu. — Gambar Reuters
HERNANDEZ dikerumuni anggota penyelamat di bawah tebing di daerah Monterrey, California pada Jumaat lalu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia