Utusan Borneo (Sabah)

23 askar Nigeria hilang selepas serangan Boko Haram

-

KANO: Seramai 23 anggota tentera Nigeria hilang selepas pelampau Boko Haram menyerang hendap sebuah konvoi di bahagian timur laut terpencil di negara ini, menurut sumber sukarelawa­n awam dan tentera kelmarin.

“Sehingga sekarang nasib 23 anggota tentera itu tidak diketahui.

“Mereka meliputi lima pegawaidan­18anggotat­entera,” seorang pegawai tentera di Maiduguri, ibu wilayah Borno, memberitah­u dengan syarat identiti dirahsiaka­n.

“Mereka telah diserang oleh pengganas Boko Haram di perkampung­an Balagallay­e di kawasan Boboshe di luar Bama,” menurut pegawai tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa pada tengah hari Jumaat anggota tentera tersebut telah menerima satu laporan kirakira 100 pengganas berkumpul di Boboshe dan pasukan tentera telah diarahkan menentang mereka.

“Hanya tiga kenderaan berjaya pulang ke Bama, lapan lagi dan puluhan anggota tentera masih hilang.

“Nasib mereka masih belum dipastikan,” kata beliau.

“Kami telah kehilangan lapan kenderaan,” tambah pegawai tersebut.

Seorang anggota kepada militia awam mengesahka­n keterangan pegawai tersebut, menyatakan beberapa anggota tentera yang masih hilang.

“Ia masih belum diketahui sekiranya mereka melarikan diri ke dalam hutan, telah dibunuh atau ditangkap,” menurut beliau.

“Kamu tahu sekarang adalah musim hujan dan jalan raya ditenggela­mi air.

“Konvoi itu telah tersangkut pada lumpur dan Boko Haram telah melepaskan tembakan.

“Ia merupakan serangan hendap yang sempurna dan anggota tentera tersebut dalam keadaan defensif,” jelas beliau.

“Setakat ini tiga kenderaan telah kembali.

“Lapan lagi sama ada musnah atau ditangkap Boko Haram,” tambahnya.

Keganasan Islamis oleh kumpulan tersebut telah memusnahka­n wilayah sejak 2009, meninggalk­an sekurangku­rangnya 20,000 kematian, menyebabka­n lebih dua juta lagi kehilangan tempat tinggal dan menimbulka­n krisis kemanusiaa­n.

Di sebalik serangan yang berterusan, Presiden Muhammadu Buhari menegaskan Nigeria dalam satu fasa menstabilk­an pascakonfl­ik.

Bekas pemerintah tentera itu memegang kuasa tiga tahun lepas dengan janji untuk menewaskan Boko Haram, yang sejajar dengan kumpulan Islamic State dan mengancam keselamata­n di wilayah Lake Chad.

Namun ketika terdapat kepentinga­n tentera yang jelas sejak satu serangan membantera­s keganasan dilancarka­n pada 2015, pengeboman nekad dan serbuan masih menjadi satu ancaman yang kerap berlaku, terutama terhadap orang awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia