Utusan Borneo (Sabah)

Dekat di hati penduduk

SK Tamau sambut Hari Raya bersama pelajar dan warga emas

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

Saya melihat warga sekitar sini terus berpegang kepada prinsip bahawa warga emas adalah antara golongan yang sangat dihormati dan dipatuhi segala tunjuk ajarnya. Keadaan ini adalah pedoman terbaik bagi mereka di luar sana yang mulai melupai ” peranan mereka yang telah berusia. RAMLEE DAUD Guru Besar SK Tamau

SYAWAL melabuhkan tirai tetapi program Sambutan Hari Raya dan DWEN (Dasar Warga Emas Negara) memahat kenangan kepada pelajar serta kakitangan sekolah SK Tamau, Kota Belud juga kepada warga PIBG seterusnya kepada para warga emas di sekitar Kg Tamau yang sempat hadir.

Sambutan yang julung kali diadakan di Dataran Ilmu SK Tamau itu turut mencipta sejarah apabila ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk setempat, yang menampakka­n hasrat SK Tamau untuk lebih dekat di hati penduduk telah tercapai.

Guru Besar SK Tamau Ramlee Daud menjelaska­n, program sambutan raya tahun ini lebih berbeza kerana ia disulami dengan aktiviti yang melibatkan warga emas seperti pertanding­an menganyam ketupat untuk wanita dan pertanding­an menjahit untuk lelaki.

Menurutnya, di sesetengah kawasan, warga emas tidak diberikan perhatian sepenuhnya oleh masyarakat atas sebab terdapat persepsi yang menganggap warga emas telah tidak mampu menyumbang apa-apa lagi dalam pembanguna­n negara.

“Saya melihat warga sekitar sini terus berpegang kepada prinsip bahawa warga emas adalah antara golongan yang sangat dihormati dan dipatuhi segala tunjuk ajarnya. Keadaan ini adalah pedoman terbaik bagi mereka di luar sana yang mulai melupai peranan mereka yang telah berusia,” jelasnya.

Tambahnya, aktiviti menjahit perca kain bagi warga emas lelaki begitu mencuri tumpuan apabila semua peserta menunjukka­n kemampuan memasukkan benang melalui lubang jarum, walaupun darjah pengelihat­an kian menurun.

Sementara aktiviti menganyam ketupat oleh peserta dari kalangan warga emas wanita memperliha­tkan kecekapan mereka, yang sekaligus menafikan pendapat sesetengah individu yang memandang warga emas telah kurang kompeten.

Katanya, kemampuan itu merupakan satu simbol betapa mereka saling bekerjasam­a dalam pelbagai perkara dan secara tidak langsung memperliha­tkan perkembang­an pendidikan pelajar di SK Tamau sejak ia didirikan empat dekad yang lalu.

“Hal ini amat membanggak­an SK Tamau, malah saya sebagai pentadbir akan terus mengambil pelbagai inisiatif bagi melonjakka­n lagi prestasi cemerlang di sekolah ini. Sikap mesra sekolah yang kian tumbuh di sanubari para ibu bapa adalah petanda terbaik bagi prestasi yang terbaik,” katanya.

Sambutan yang turut dihadiri oleh Penolong Kanan SK Tamau Rosnani Haji Omar dan Pengerusi PIBG SK Tamau Matnoer Eali itu diserikan lagi dengan pelbagai juadah yang disumbangk­an oleh para ibu bapa, guru-guru dan AJK PIBG.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rosmin Ijum dalam ucapan perasmiann­ya ketika program itu melahirkan rasa terujanya apabila melihat kehadiran penduduk sekitar termasuk ibu bapa dan para pelajar memenuhi Dataran Ilmu SK Tamau.

Jelas Rosmin, sekolah dan masyarakat tidak boleh dipisahkan kerana kedua-dua faktor itu adalah penyumbang kejayaan dalam sesebuah institusi pendidikan, sebaliknya prestasi pelajar akan merudum seandainya terdapat jurang antara kedua-duanya.

“Kekukuhan hubungan antara sekolah dan masyarakat dalam melaksanak­an apa sahaja program di sekolah mampu merealisas­ikan impian sekolah bagi memacu kemenjadia­n murid yang terdiri daripada beberapa faktor penting.

“Salah satu faktor selain daripada prestasi semasa murid itu sendiri ialah kepimpinan yang berkesan. Maksud kepimpinan yang berkesan pula ialah kepimpinan guru besar, penolong kanan dan kekuatan PIBG di sesebuah sekolah. SK Tamau adalah contoh terbaik dalam hal ini,” jelasnya.

SK Tamau beberapa kali mengadakan program sambutan raya sebelum ini di Dewan SK Tamau, tetapi kali ini mereka terpaksa bertukar tempat kerana lantai dewan dilapis dengan karpet khas untuk gelanggang badminton.

Sebagai rekod, Dewan SK Tamau dipilih oleh Persatuan Badminton Sabah (SBA) sebagai salah satu venue penting untuk melangsung­kan kursus kejurulati­han badminton peringkat negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Atas) ANTARA tetamu pada program itu. (Kanan) DARI kiri: Halimin Ghani, Rosmin, Ramlee, Matnoer dan Rosnani. (Kiri) ROSMIN (tiga dari kanan) bersama Ramlee (dua dari kanan) serta wakil warga emas memotong kek Hari Raya.
(Atas) ANTARA tetamu pada program itu. (Kanan) DARI kiri: Halimin Ghani, Rosmin, Ramlee, Matnoer dan Rosnani. (Kiri) ROSMIN (tiga dari kanan) bersama Ramlee (dua dari kanan) serta wakil warga emas memotong kek Hari Raya.
 ??  ?? ANTARA warga emas yang menyertai program itu.
ANTARA warga emas yang menyertai program itu.
 ??  ?? WARGA emas sedang menganyam ketupat.
WARGA emas sedang menganyam ketupat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia