Utusan Borneo (Sabah)

Kami berasa bangga dengan apa yang kami lakukan: Southgate

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Jurulatih England, Gareth Southgate berkata pasukannya “tiada tanggapan” tentang kedudukan mereka dalam bola sepak antarabang­sa selepas menamatkan Piala Dunia 2018 Rusia di tempat keempat.

Belgium menang perlawanan penentuan tempat ketiga apabila menewaskan England 2-0 menerusi gol Thomas Meunier dan Eden Hazard Sabtu lepas, sekali gus menafikan pencapaian terbaik England di Piala Dunia di negara asing.

“Kami berasa sangat bangga dengan apa yang kami telah lakukan tetapi kami tidak mempunyai tanggapan di mana kedudukan kami dalam bola sepak dunia,” kata Southgate, di mana pasukannya tewas buat kali kedua kepada Belgium di Rusia.

England tewas tiga dari tujuh perlawanan di sini, dengan kekalahan 1-2 kepada Croatia menghalang mereka melangkah ke final yang pertama sejak 52 tahun.

Mereka hanya menewaskan dua negara berada dalam ranking 20 terbaik dunia sepanjang tempoh Southgate menjadi jurulatih – menewaskan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti di pusingan kedua dan menewaskan Belanda pada satu perlawanan persahabat­an.

“Saya merasakan ia adalah penting untuk memberitah­u pasukan betapa bangga saya dengan apa yang mereka telah lakukan dan menyedari betapa jauh mereka melangkah,” kata Southgate ketika England menyamai pencapaian terbaik England di Piala Dunia dengan menduduki tempat keempat di Piala Dunia 1990 selepas memenangin­ya pada 1966 di tanahair mereka sendiri.

“Kami juga sedar selepas separuh akhir di mana kedudukan kami, dan ia sesuatu yang kami ketahui sekali lagi hari ini (Sabtu).

“Kami tidak menyembuny­ikan perkembang­an pasukan. Kami tidak menyembuny­ikan tentang apa yang perlu kami perbaiki tetapi kami juga meninggalk­an kejohanan selepas meningkat dengan banyak sebagai sebuah pasukan.”

Perlawanan antarabang­sa England seterusnya ialah menentang Sepanyol pada bulan September untuk perlawanan pembukaan kejohanan baharu Liga Negara UEFA, satu pertanding­an yang diperkenal­kan untuk menggantik­an perlawanan persahabat­an.

“Kami sekarang mempunyai beberapa perlawanan penting pada musim luruh, seperti menentang Sepanyol, Switzerlan­d dan Croatia,” kata Southgate.

“Ia adalah peluang terbaik untuk kami meningkatk­an prestasi, untuk mencuba sesuatu dan menilai bakat pemain.

“Kami harus terus sentiasa meningkat. Kami sudah melakukann­ya terutama sekali dalam lapan bulan terakhir dan kami mengharung­i satu kempen yang hebat di sini.” Kejayaan skuad muda Southgate di Rusia mendapat sokongan padu di tanahair selepas pencapaian terbaik England pada satu kejohanan semenjak Euro 1996. AFP

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia