Utusan Borneo (Sabah)

Meunier, Hazard berikan penamat terbaik buat Belgium

England akur di tempat ke-4, pencapaian terbaik pada kejohanan di luar negara di Piala Dunia selepas tewas 0-2 di Saint Petersburg

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Belgium membuat pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia apabila gol Thomas Meunier dan Eden Hazard mengesahka­n kemenangan 2-0 ke atas England untuk menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2018 di sini Sabtu lepas.

Meunier, yang tidak beraksi pada perlawanan separuh akhir ketika tewas kepada Perancis kerana penggantun­gan, membuka jaringan buat Belgium seawal minit keempat sebelum Hazard menjaringk­an gol lewat ketika Belgium mengatasi pencapaian di tempat keempat di Piala Dunia 1986.

Belgium sekarang sudah menewaskan England dua kali dalam tempoh dua minggu selepas menunggu 82 tahun sebelum menang 1-0 di pusingan pertama.

“Ia adalah tentang pencapaian, ini adalah penamat terbaik Belgium di Piala Dunia. Pemain selayaknya pencapaian ini dan mereka mahu memastikan negara ini bangga,” kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

England terpaksa akur dengan pencapaian terbaik pada kejohanan di luar negara di Piala Dunia, menyamai pencapaian di Piala Dunia 1990.

“Pemain tidak dapat memberikan yang lebih banyak lagi. Belgium sememangny­a pasukan yang sangat bagus. Saya tidak mempunyai sebarang rungutan, mereka memberikan segalagala­nya,” kata kapten England, Harry Kane.

Kane masih di landasan untuk memenangi anugerah Kasut Emas dengan enam gol walaupun mengakui kecewa kerana gagal menjaringk­an gol pada tiga perlawanan terakhir England.

“Ia menunjukka­n kami mempunyai kempen pusingan pertama yang baik dan menjaringk­an banyak gol. Sememangny­a saya kecewa, saya tidak dapat menjaringk­an gol dalam beberapa perlawanan terakhir,” kata beliau.

“Jika saya menang, ia pastinya sesuatu yang sangat membanggak­an saya.”

Jurulatih England, Gareth Southgate membuat lima pertukaran dari pasukan yang tewas 1-2 kepada Croatia di peringkat separuh akhir ketika England menurunkan skuad paling muda dalam sejarah Piala Dunia – dengan purata usia 25 tahun dan 174 hari.

Phil Jones, Danny Rose, Eric Dier, Fabian Delph dan Ruben Loftus-Cheek diturunkan sementara Martinez menurunkan semula Meu- nier dan memberikan penampilan kesebelasa­n utama kepada Youri Tielemans.

Meunier, pemain pertahanan kelab Paris Saint Germain (PSG), memberi impak segera dengan meletakkan Belgium di hadapan dari satu serangan yang dimulakan Romelu Lukaku.

Lukaku mengumpan bola kepada Nacer Chadli di sayap kiri dan hantaran lintang beliau disempurna­kan Meunier.

Penjaga gol England, Jordan Pickford bertindak tangkas menafikan

cubaan Kevin De Bruyne ketika Belgium semakin bersemanga­t selepas gol pembukaan. Hazard juga cuba mencari segala peluang yang ada dengan umpanan cantik kepada Tielemans di hujung kotak penalti tetapi rembatan akhir dihadang pertahanan England. England secara perlahan-lahan mengimbang­i permainan dengan Loftus-Cheek melihat tandukanny­a tepat ke dakapan penjaga gol Thibaut Courtois pada minit ke-15 sebelum Kane mensia-siakan peluang mengatasi rekod Gary Lineker sebagai penjaring gol England terbanyak pada satu kejohanan Piala Dunia apabila gagal menyempurn­akan umpanan Raheem Sterling.

Toby Alderweire­ld, salah seorang dari enam pemain Tottenham Hotspur dalam padang, gagal melakukan rembatan kemas dari satu tendangan sudut.

Belgium kehilangan Chadli kerana kecederaan sebelum rehat sementara Southgate memasukkan Marcus Rashford dan Jesse Lingard selepas rehat untuk menggantik­an Sterling dan Rose. -AFP

“Ia adalah tentang pencapaian, ini adalah penamat terbaik Belgium di Piala Dunia. Pemain selayaknya pencapaian ini dan mereka mahu memastikan negara ini bangga. ” Roberto Martinez Jurulatih Belgium

 ??  ??
 ??  ?? HAZARD ceria selepas menjaringk­an gol kedua Belgium ketika berakasi pada perlawanan di Stadium Saint Petersburg, Rusia Sabtu lepas. — Gambar AFP
HAZARD ceria selepas menjaringk­an gol kedua Belgium ketika berakasi pada perlawanan di Stadium Saint Petersburg, Rusia Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia