Utusan Borneo (Sabah)

Tercemar, Sampah di Pantai Teluk Likas tiada penghujung

Sampah di Pantai Teluk Likas tiada penghujung

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

MENGHABISK­AN sisa hidup selepas bersara dengan menjadi pengunjung setia Pantai Teluk Likas, seorang lelaki berbangsa Cina hampa apabila tahap kebersihan kawasan itu masih tidak berubah.

Lee, 62, memilih pantai itu sebagai tempat untuknya melakukan aktiviti berjalan kaki pada setiap hari. Namun sayang sekali, keindahan pantai itu dicacatkan oleh pencemaran sampah yang berlaku sejak lama dahulu.

“Keadaan ini sudah berlarutan, setiap hari saya datang ke tempat ini dan saya melihat tidak ada perubahan, sampah masih lagi bertaburan dan berbau.

“Keadaan ini amat memalukan, pelancong mungkin tidak mahu ke tempat ini. Kita lihat kepada kerja pembersiha­n yang telah dilaksanak­an, namun ia masih tidak berkesan untuk mengurangk­an sampah berkenaan.

“Walaupun terdapat banyak kemudahan tong sampah disediakan tetapi sampah masih bertaburan di pesisir pantai, ini disebabkan sampah sarap itu sebenarnya dibawa oleh ombak pantai. Saya rasa pihak bertanggun­gjawab mungkin perlu mengkaji punca masalah ini dengan lebih mendalam,” katanya.

Seorang lagi pengunjung tempatan, Habibah Madin, 47, berkata keadaan pantai itu agak memalukan untuk ditayangka­n kepada pelancong.

“Sebolehnya, cubalah perbaiki lagi masalah ini, perbanyakk­an lagi tong sampah untuk mereka yang bersenam, supaya jika sedang berjogging kita tidak perlu mencari-cari atau berjalan jauh untuk mendapatka­n tong sampah. Perbanyakk­an tong sampah agar mudah untuk kita membuang sampah,” katanya.

Mohammad Ghazalie Maliy, 28, turut menyuaraka­n rasa hampa apabila melihat keadaan pantai itu buat pertama kalinya.

“Sebagai pengunjung yang pertama kali datang ke tempat ini, pada mulanya saya menjangkak­an tempat ini bersih dan pemandanga­n tentunya indah. Tetapi setelah saya sampai ke sini saya terkilan, ternyata ia tidak seperti yang saya harapkan.

“Kawasan pantai dipenuhi sampah sarap yang berbau dan merosak keindahan pemandanga­nnya. Bagi saya, untuk mengatasi masalah ini, memerlukan inisiatif seperti kempen yang menggalakk­an penglibata­n masyarakat di dalamnya,” katanya yang merupakan seorang guru.

Tambahnya, adalah lebih baik jika aktiviti membersihk­an pantai itu dibuat secara berkala oleh masyarakat itu sendiri, dan tidak hanya mengharap pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sematamata.

Pendapat Ghazalie itu juga disokong oleh seorang lagi pengunjung setia Pantai Teluk Likas, Zulfian Ansar, 23.

Menurut Zulfian, tahap kebersihan pantai sangat tidak memuaskan, sampah masih terbiar dan terkumpul terutamany­a di kawasan pesisir pantai.

Katanya, “Perlu ada usaha daripada masyarakat setempat, jangan hanya menunggu pihak bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kannya. Kita sebagai masyarakat perlu bertindak untuk menjaga kebersihan kawasan kita.”

“Sekurang-kurangnya rancanglah satu aktiviti gotong-royong secara sukarela untuk membersihk­an longgokan sampah di Pantai Teluk Likas,” tambahnya.

Ramai yang menyeru agar tindakan bukan sahaja dilakukan oleh pihak yang bertanggun­gjawab, tetapi juga oleh masyarakat setempat untuk mencapai hasil yang lebih berkesan demi kebaikan bersama.

Namun, persoalann­ya adakah masyarakat itu sendiri mempunyai kesedaran akan hal berkenaan.

Seorang lagi pengunjung, Vignesh Kandiah, 32, berpendapa­t masalah pencemaran itu adalah berpunca daripada pengunjung atau masyarakat itu sendiri.

Menurut beliau, kurangnya kesedaran sivik untuk menjaga hak bersama dalam diri seseorang itu boleh mendorong kepada masalah pencemaran sampah sedemikian tidak dapat diselesaik­an.

“Masalah ini tidak akan dapat diatasi kerana sikap pengunjung itu sendiri masih tidak berubah dengan membuang sampah di merata tempat.

“Sampah sarap yang banyak di pesisir pantai menjadi lebih banyak di kawasan ini kerana pengunjung sendiri tidak membuang sampah di tempat yang disediakan. Tong sampah seperti tidak ada gunanya, jika sikap manusia itu sendiri tidak mempedulik­an kebersihan,” katanya.

Asmat Sulaiman, 27, pula berkata sampah yang mencemarka­n kawasan pantai masih berlaku disebabkan sikap masyarakat yang memandang enteng soal kebersihan.

“Sampah di pesisir pantai datang dibawa ombak dan dihanyutka­n ke sini, sampah itu juga datang dari pelbagai tempat.

“Sampah itu sebenarnya dibuang oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab ke tempat-tempat seperti sungai, longkang dan sebagainya yang akhirnya mencemarka­n kawasan Pantai Teluk Likas,” jelasnya.

Asmat berkata sekiranya pantai sudah terjejas, ia tidak lagi sesuai dijadikan tempat rekreasi dan tarikan pelancong kerana berlakunya pencemaran.

“Jika masyarakat masih kurang kesedaran untuk menjaganya, masalah ini tidak akan selesai,” katanya.

Keadaan ini amat memalukan, pelancong mungkin tidak mahu ke tempat ini. Kita lihat kepada kerja pembersiha­n yang telah dilaksanak­an, namun ia masih tidak berkesan untuk mengurangk­an sampah berkenaan. LEE Pesara

 ??  ?? KEADAAN sampah yang bertaburan di Pantai teluk likas. SAMPAH di Pantai Teluk Likas. LEE GHAZALIE
KEADAAN sampah yang bertaburan di Pantai teluk likas. SAMPAH di Pantai Teluk Likas. LEE GHAZALIE
 ??  ?? HABIBAH (kiri) duduk bersama seorang rakan. KAWASAN pesisir Pantai Teluk Likas yang banyak sampah.
HABIBAH (kiri) duduk bersama seorang rakan. KAWASAN pesisir Pantai Teluk Likas yang banyak sampah.
 ??  ?? TONG sampah yang disediakan di Pantai Teluk Likas.
TONG sampah yang disediakan di Pantai Teluk Likas.
 ??  ?? ZULFIAN
ZULFIAN
 ??  ?? ASMAT
ASMAT
 ??  ?? KERJA-KERJA pembersiha­n sedang dijalankan pihak DBKK.
KERJA-KERJA pembersiha­n sedang dijalankan pihak DBKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia