Utusan Borneo (Sabah)

8 NGO bergabung anjur Kempen Derma Darah

-

KOTA KINABALU: Sebanyakla­panNGOterm­asuk satu parti politik bergabung untuk mengadakan Kempen Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2018 Peringkat Negeri Sabah pada 30-31 Julai ini, bertempat di ruang lobi Hospital Queen Elizabeth II, bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata antara yang terlibat adalah Upko Bahagian Kota Kinabalu, Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit (Bambarayon), Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nulu Kopungit (Pekebun), Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), Persatuan Warisan Masyarakat Bisaya Sabah (PWMBS), Persatuan Talasemia Sabah (Thalassemi­a), Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (Komuniti Perdarah) dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth II.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian semua NGO yang sama-sama bergabung untuk menjayakan kempen kali ini. Pendarah terbuka untuk bekerjasam­a dengan mana-mana NGO, oleh itu kami berharap di masa akan datang lebih banyak NGO akan turut serta. Saya juga menyeru agar semua NGO membawa ahli masingmasi­ng untuk hadir memberi sokongan.

“Kami juga telah menyediaan­goodiesber­bentuk beras untuk penderma terawal. Selain itu, kita juga mendapat tajaan daripada syarikat Life Water dan Borenos” katanya.

Kempen kali ini dibantu oleh unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II dengan tema ‘Hadirlah Untuk Mereka, Derma Darah, Kongsi Kehidupan’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia