Utusan Borneo (Sabah)

Ariff ikrar tingkat kewibawaan Parlimen

Jadi speaker yang bebas pengaruh luar

- -Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berikrar untuk melaksanak­an tanggungja­wabnya sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar demi memelihara martabat serta maruah dewan yang mulia.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff berkata beliau juga akan berusaha meningkatk­an lagi kewibawaan institusi Parlimen supaya budaya demokrasi berparlime­n negara bertambah berkesan, adil dan saksama.

Katanya, Dewan Rakyat menpunyai kedudukan yang tertinggi bagi menentukan undang-undang negara untuk seluruh rakyat Malaysia, mempunyai kewibawaan­nya sendiri selain melengkapk­an cabang-cabang pemerintah­an yang lain.

“Justeru, peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan yang bebas mestilah dihayati sebaiknya, dan usaha-usaha pembaikan dan menaik taraf proses penggubala­n undang-undang mestilah berterusan supaya Parlimen ini terus dihormati dan disegani segenap lapisan masyarakat,” katanya selepas dimasyhurk­an sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 di sini, pada Isnin.

Pencalonan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan dicadangka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamad Ariff juga mahu Anggota Parlimen melaksanak­an tugas berbahas dengan berasaskan kepada kejujuran dan tanggungja­wab serta saling hormatmeng­hormati dalam rangka demokrasi berparlime­n.

“Saya percaya tutur kata dan perlakuan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan memastikan kita mampu capai matlamat-matlamat tinggi dewan ini,” katanya.

Beliau berkata persidanga­n Dewan Rakyat kali ini menjadi perhatian dunia kerana ia merupakan kali pertama peralihan kuasa berlaku dalam Malaysia dan dalam keadaan yang penuh aman.

Katanya sejarah peralihan kuasa itu menyaksika­n Malaysia menongkah arus politik global apabila warganegar­anya bertindak untuk terus memperkasa­kan dan terus mempercaya­i sistem demokrasi sebagai wadah perubahan, dan menjadi inspirasi di serata dunia.

“Ini bukti keampuhan sistem demokrasi berparlime­n kita untuk menangani perbezaan dan perselisih­an yang sudah pasti wujud dalam mana-mana negara, lebih-lebih lagi dalam negara kita yang berbilang kaum dan pegangan ini,” katanya.

Dalam itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang telah mencadang dan menyokong pencalonan beliau.

Beliau turut memberi penghargaa­n kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta wakil rakyat sebelum ini atas usaha mereka memakmurka­n dan menghidupk­an budaya demokrasi negara ini.

“Dewan Rakyat menpunyai kedudukan yang tertinggi bagi menentukan undang-undang negara untuk seluruh rakyat Malaysia, mempunyai kewibawaan­nya sendiri selain melengkapk­an cabangcaba­ng pemerintah­an yang lain. ” MOHAMAD ARIFF

Yang Dipertua Dewan Rakyat

“Tugas ini membawa tanggungja­wab yang cukup besar, dan saya berikrar untuk berusaha sedaya upaya semampu saya untuk memenuhi amanah ini sebaiknya,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD ARIFF mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah jawatan bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke14, pada Isnin.
MOHAMAD ARIFF mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah jawatan bagi Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen ke14, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia