Utusan Borneo (Sabah)

Muafakat penduduk cipta rekod, ahli KRT Labuan sedia 22,500 kelupis

2,000 ahli KRT Labuan sedia 22,500 kelupis

-

LABUAN: Kelupis bukan sahaja menjadi juadah istimewa bagi suku kaum Kedayan dan Brunei di negara ini, tetapi makanan yang berasaskan beras pulut ini juga mampu menjadi medium penyatuan masyarakat berbilang kaum.

Cara penyediaan­nya yang sering dilakukan secara bergotong-royong bukan sahaja menjalinka­n perpaduan malah mampu mencatat sejarah tersendiri seperti mana yang dibuktikan oleh 35 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Wilayah Persekutua­n Labuan apabila berjaya mencatat rekod jalinan kelupis terpanjang di dunia.

Pengerusi KRT Kampung Sungai Miri/Pagar Rasibah Wan Imang berkata, kerjasama seramai 2,000 ahli KRT seluruh Labuandanp­endudukkam­pung berjaya merealisas­ikan sasaran untuk membuat rekod dalam Malaysia Book of Records.

“Kami sangat berpuas hati dengan pencapaian pada hari ini kerana berjaya mencatat rekod jalinan kelupis terpanjang di Malaysia.

“Kerjasamay­angditunju­kkan bukan sahaja berjaya memadam rekod lama tetapi berjaya melebihi sasaran awal kami iaitu sepanjang 720 meter,” katanya.

Rasibah turut berkongsi cabaran menyediaka­n kelupis terpanjang di Malaysia dengan menggunaka­n 100 peratus bahan yang asli.

“Semua kelupis hari ini kami proses mengikut cara lama dan bahan-bahan termasuk santan kami proses sendiri daripada kira-kira 600 biji kelapa.

“Hampir 600 kilogram beras pulut dan 30,000 helai daun nyirik digunakan untuk menghasilk­an kelupis pada hari ini,” katanya.

Beliau turut berharap program itu dapat diteruskan pada masa hadapan sekaligus dapat memadam rekod yang tercatat pada Ahad.

Cabaran merebus kelupis dalam enam kawah besar turut dikongsi Setiausaha JKK Kampung Sungai Miri/Pagar Md Yakop Ramlee yang turut bersengkan­g mata menyediaka­n kelupis terpanjang di Malaysia itu.

“Menyediaka­n kelupis terpanjang ini memang mencabar kerana memerlukan seramai 30 orang untuk merebus kelupis secara berterusan selama 20 jam.

“Kami juga terpaksa mendapatka­n bekalan daun nyirik dari luar Labuan iaitu di Limbang, Sarawak dan Sipitang, Sabah kerana bekalan daun itu di wilayah ini memang tidak mencukupi untuk menghasilk­an kelupis sebanyak itu,” katanya.

Yakop melahirkan rasa syukur dengan hasil kerjasama dan penat lelah semua pihak akhirnya sasaran mereka mencipta rekod Malaysia menjadi kenyataan serta tidak teragak-agak untuk turut serta dalam usaha untuk memecah rekod itu di masa hadapan.

Bagi Ketua Kampung Sungai Miri/Pagar Tajuddin Umar, kejayaan itu adalah satu kebanggaan bagi semua penduduk kampung dan ahli KRT di Labuan.

“Saya merasa amat gembira apabila apa yang dirancang sekian lama akhirnya tercapai pada hari ini.

“Saya sebagai ketua kampung amat berbesar hati apabila kampung kami dipilih menjadi tuan rumah untuk mencatat sejarah bukan sahaja di Malaysia malah mencatat rekod dunia,” katanya.

Tajuddin melahirkan rasa terharu dan bangga dengan komitmen semua pihak yang berhempas pulas menghasilk­an jalinan kelupis terpanjang di Malaysia.

“Saya anggap ini kejayaan untuk semua kerana cabaran yang kita hadapi sangat besar termasukla­h menyediaka­n bahan-bahan yang diperlukan dalam jumlah yang begitu banyak,” katanya.

Rekod jalinan kelupis terpanjang di Malaysia yang disahkan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor itu adalah pengisian utama dalam Program Fiesta Makanan Perpaduan dan Ekspo Home Based Industry Rukun Tetangga 2018 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), KRT Sungai Miri/Pagar dan gabungan KRT Labuan, yang berlangsun­g pada Ahad.

Rekod jalinan kelupis sebanyak 22,500 biji sepanjang 826.75 meter itu berjaya mengatasi rekod lama sepanjang 600 meter yang juga dicatat di Labuan pada tahun 2012.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia Aldrina @Mimi OP Andu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dan Pengarah Jabatan Perpaduan Labuan Mimie D Selvakumar.

 ??  ??
 ??  ?? 22,500 kelupis yang siap untuk dinilai wakil Malaysia Book of Records.
22,500 kelupis yang siap untuk dinilai wakil Malaysia Book of Records.
 ??  ??
 ??  ?? PROSES menjalin kelupis yang terus berjalan hingga larut malam.
PROSES menjalin kelupis yang terus berjalan hingga larut malam.
 ??  ?? FARID (tiga kanan), Rozman (dua kanan), Azhar (kanan), Mimie dan Tajudin melihat sendiri jalinan kelupis yang dihasilkan KRT Labuan.
FARID (tiga kanan), Rozman (dua kanan), Azhar (kanan), Mimie dan Tajudin melihat sendiri jalinan kelupis yang dihasilkan KRT Labuan.
 ??  ?? YAKOP
YAKOP
 ??  ?? RASIBAH
RASIBAH
 ??  ?? TAJUDDIN
TAJUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia