Utusan Borneo (Sabah)

Perdana Park pilihan pengunjung nikmati panorama malam

Sebagai tempat riadah, santai dan menikmati panorama malam

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

PERDANA

Park Tanjung Aru, sebuah taman yang menjadi tumpuan pengunjung, sememangny­a tidak asing lagi bagi warga sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Selepas lebih tujuh tahun dibuka, ia bukan sekadar menjadi taman kunjungan warga setempat, malah pelancong luar juga semakin ramai melawat ke taman ini.

Kewujudann­ya masih menjadi pilihan para pengunjung sebagai salah satu pusat rekreasi yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Salah seorang pengunjung setia Perdana Park yang hanya mahu dikenali sebagai Nan, 40, memilih taman itu untuk beriadah.

Beliau yang tinggal di kawasan berhampira­n sering ke Perdana Park pada setiap pagi dan juga petang.

“Selain mempunyai kawasan parkir yang mencukupi, pengawasan keselamata­n di Perdana Park ini juga terkawal.

“Namun, jika ditambah beberapa kemudahan lain seperti surau, ia lebih baik dan memudahkan para pengunjung.

“Pada masa sama, pengunjung boleh singgah menggunaka­n kemudahan surau ini jika berada di

kawasan berhampira­n taman,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo.

Bagi Sitti Rahma G Ibrahim, 59, Perdana Park adalah pusat rekreasi yang sesuai dikunjungi lebihlebih lagi mereka yang gemar melakukan aktiviti riadah.

Selain itu jelasnya, taman berkenaan juga menyediaka­n beberapa restoran sebagai pilihan pengunjung untuk menjamu selera.

Namun katanya, pihak pengurusan boleh menambah ruang yang menyediaka­n tempat makan bagi golongan berpendapa­tan rendah.

Menurutnya, cadangan itu bagi menambahka­n lagi kepelbagai­an pilihan makanan yang terdapat di Perdana Park.

Goh Sin Kiong, 32, salah seorang pelancong dari Sarawak gemar datang ke Perdana Park bersama keluargany­a.

“Saya datang ke sini selalunya sebulan dua kali dan kawasan taman ini bersih serta kemudahann­ya juga memuaskan.

“Pihak pengurusan perlu sentiasa menyelengg­ara setiap kemudahan di sini bagi memastikan ia selamat digunakan oleh semua pengunjung,” jelasnya.

Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke Perdana Park, ia satu pengalaman yang menarik.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Alfred, 20, gembira dapat berkunjung buat pertama kalinya ke Perdana Park.

Menurutnya, kemudahan taman berkenaan lengkap dan sesuai bagi mereka yang ingin beriadah dan bersukan sambil dengan menikmati keindahan alam sekitar.

“Pada waktu malam, pengunjung berpeluang menyaksika­n persembaha­n menarik air pancur berirama.

“Jika ditambah dengan kemudahan pusat gymnasium, sudah tentu lebih ramai penggemar aktiviti sihat datang ke sini,” jelasnya.

Daya tarikan di Perdana Park turut menarik perhatian warga United Kingdom yang dikenali sebagai Judy.

Selepas bersara, beliau tinggal di Sabah sejak lima tahun lepas dan menjadikan Perdana Park sebagai salah sebuah taman untuk bersenam.

“Saya suka bersenam di kawasan ini kerana masyarakat di sini agak mesra, peramah dan semua fasiliti di sini agak lengkap.

“Bagi mengekalka­n kualiti kemudahan di sini, laluan trek joging yang sudah rosak perlu diperbaiki,” katanya.

Perdana Park turut dilengkapi dengan kemudahan yang mesra golongan orang kelainan upaya (OKU).

Persekitar­an alam semula jadi, kebersihan yang terjaga dan kemudahan yang berkualiti terus menjadikan Perdana Park sebagai sebuah pusat rekreasi kunjungan awam yang istimewa.

Saya datang ke sini selalunya sebulan dua kali dan kawasan taman ini bersih serta kemudahann­ya juga memuaskan.

GOH SIN KIONG Pelancong dari Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK sedang bermain di Perdana Park pada waktu petang. ORANG awam memilih untuk berjoging di Perdana Park. TAMAN permainan kanak-kanak antara tumpuan pengunjung.
KANAK-KANAK sedang bermain di Perdana Park pada waktu petang. ORANG awam memilih untuk berjoging di Perdana Park. TAMAN permainan kanak-kanak antara tumpuan pengunjung.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N air berirama pada waktu malam. SEBUAH keluarga meluangkan masa bersama sambil melihat persembaha­n air berirama.
PERSEMBAHA­N air berirama pada waktu malam. SEBUAH keluarga meluangkan masa bersama sambil melihat persembaha­n air berirama.
 ??  ?? SITTI RAHMA
SITTI RAHMA
 ??  ?? KEMUDAHAN senaman yang disediakan digunakan para pengunjung.
KEMUDAHAN senaman yang disediakan digunakan para pengunjung.
 ??  ?? GOH Sin Kiong datang bersama ahli keluarga.
GOH Sin Kiong datang bersama ahli keluarga.
 ??  ?? ALFRED (kanan) dan rakan-rakannya.
ALFRED (kanan) dan rakan-rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia