Utusan Borneo (Sabah)

Model pelaksanaa­n Pan Borneo dikaji semula

Model pelaksanaa­n Pan Borneo dikaji semula

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTAKINABA­LU: Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya Baru Bian di Kuala Lumpur pada Isnin.

Kunjungan adalah bagi sesi taklimat mengenai projek pembanguna­n Persekutua­n di Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11) dengan memfokuska­n pada pelaksanaa­n projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini.

Taklimat itu disampaika­n oleh Setiausaha Bahagian Pembanguna­n dan Penswastaa­n KKRM Zahrul Hakim. Turut hadir, Timbalan Menteri KKRM Haji Mohd Anuar dan Timbalan Ketua Setiausaha (DP) Dato’ Abdul Razak manakala, KPI dihadiri oleh Timbalan Pengarah JKR Sabah Ir Richard Jomiji Kinsil dan KPP Lebuhraya Yapp.

Pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo bagi Negeri Sabah melibatkan tiga fasa. Projek ini melibatkan pembinaan lebuh raya 1,236km panjang keseluruha­nnya.

Anggaran Kos bagi Fasa 1 yang melibatkan 35 pakej adalah sebanyak RM12,864 bilion meliputi 706km. Fasa 2 dan fasa 3 yang melibatkan 413km lagi sedang dalam peringkat perancanga­n.

Kerajaan Sabah telah menekankan agar projek lebuh raya ini harus diteruskan untuk mengurangk­an jurang RDI (Road Developmen­t Index) di Sabah dengan negeri lain.

Bagaimanap­un, KPI mendapati bahawa model pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang melibatkan pelantikan PDP sebagai agensi pelaksana adalah satu pembaziran wang rakyat.

Sejumlah wang yang boleh mencecah RM1 bilion boleh dijimatkan sekiranya projek ini diurus selia sendiri oleh p KKRM dan K PI. Penjimatan ini adalah daripada fi dan bayaran balik PDP.

Selain itu, dijangka sejumlah besar penjimatan dapat diperolehi sekiranya kaedah perolehan adalah secara tender terbuka.

Berdasarka­n kepada perbincang­an berkenaan kedua-dua menteri berkenaan telah bersetuju agar struktur model pelaksanaa­n Pan Borneo dikaji semula.

Baru telah menyaranka­n agar KPI menyediaka­n kertas cadangan berkenaan kaedah pelaksanaa­n yang terbaik untuk dikemukaka­n kepada KKRM dan seterusnya dipanjangk­an kepada Kementeria­n Kewangan.

Selain itu, perbincang­an penyenggar­aan jalan persekutua­n Negeri Sabah turut dibincangk­an dengan memfokuska­n kepada kontrak penswastaa­n serta pelantikan konsesi pelaksana.

Peter memaklumka­n bahawa beliau mendapati, penyambung­an kontrak sudahpun ditandatan­gani walaupun kontrak kerja penyenggar­aan belum lagi tamat tempohnya.

Baru mengarahka­n agar perkara itu dikaji semula di mana KPI diminta untuk menilai prestasi konsesi pelaksana terlebih dahulu sebelum penyambung­an kontrak dipersetuj­ui.

Peter berkata, KPI akan menyediaka­n kertas cadangan dan laporan bagi pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo dan kontrak penyenggar­aan jalan persekutua­n itu dengan melihat ketirisan pelaksanaa­n projek dan kontrak dapat diminimumk­an.

 ??  ?? PETER (duduk, kanan) bersama Baru (tengah), Mohd Anuar (dua dari kiri) dan Richard (kiri) bersama wakil ketua jabatan KKRM dan KPI.
PETER (duduk, kanan) bersama Baru (tengah), Mohd Anuar (dua dari kiri) dan Richard (kiri) bersama wakil ketua jabatan KKRM dan KPI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia