Utusan Borneo (Sabah)

PERLUAS KAWASAN PERKADARAN

Saranan kepada PBT untuk tingkatkan kutipan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA BELUD: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah dicadangka­n agar meluaskan pungutan cukai perkadaran sehingga ke pusat-pusat pelanconga­n.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, hasil yang dipungut itu boleh diambil untuk membangunk­an daerah masing-masing seterusnya meningkatk­an ekonomi masyarakat setempat.

“Kini kawasan pesisiran pantai mempunyai banyak pengusaha pelanconga­n, tetapi PBT tidak menikmati satu sen pun daripada sektor itu.

“Untung hanya kepada pusat pelanconga­n sahaja bahkan dari segi perkhidmat­an, penyelengg­araan jalan raya, kemudahan, kebersihan semua dilakukan oleh majlis daerah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan kerja ke Majlis Daerah Kota Belud (MDKB), di sini pada Selasa.

Beliau berkata, daerah ini contohnya tidak mempunyai banyak premis perniagaan atau industri perkilanga­n, sekaligus menyebabka­n kurangnya hasil kutipan cukai oleh MDKB.

Sekiranya tidak mendapat sumber pendapatan dari sektor pelanconga­n di sini, sudah tentu majlis daerah ini akan berhadapan kekurangan kutipan hasil.

“Keadaan ini seterusnya tidak mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan akhirnya premis perniagaan turut gagal dibina.

“Cadangan cukai RM1 untuk setiap pelancong yang datang dan bilik penginapan adalah wajar,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, mengambil contoh Pulau Pinang yang mengamalka­n pendekatan itu tidak menimbulka­n sebarang imej negatif.

Katanya, perkara yang penting ialah PBT perlu memberikan perkhidmat­an terbaik dalam suasana keadaan selesa, tenteram serta terjaminny­a keselamata­n.

 ??  ?? JAUJAN (duduk, dua kanan) bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick (duduk, dua kiri) serta Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus (duduk, kanan) sempena Taklimat Majlis Daerah Kota Belud pada Selasa.
JAUJAN (duduk, dua kanan) bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick (duduk, dua kiri) serta Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus (duduk, kanan) sempena Taklimat Majlis Daerah Kota Belud pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia