Utusan Borneo (Sabah)

Tersepit di stereng kereta, seorang kerani maut

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang warga emas yang cedera parah di bahagian muka dan dada akibat tersepit di bahagian stereng keretanya dalam kemalangan, disahkan meninggal dunia.

Warga emas Ho Chee Hien, lelaki, 65, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pantai, Simpang Lorong Hua Dat di sini, kira-kira jam 6.30 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kereta dipandu kerani berkenaan berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelajar tingkatan lima, 17.

“Soal siasat mendapati remaja lelaki itu tidak memiliki lesen memandu,” katanya sambil mengesahka­n siasatan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Katanya pemandu kenderaan pacuan empat roda itu disyaki tidak mabuk, namun sampel darahnya sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Fadil berkata, siasatan awal polis menunjukka­n kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu warga emas yang tiba-tiba bergerak masuk ke simpang Lorong Hua Dat.

“Pemandu pacuan empat roda menghala ke Tawau Lama dari arah Kuhara Jaya, manakala pemandu kereta (warga emas) pula dari arah bertentang­an sebelum kemalangan.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila remaja terbabit tidak sempat untuk mengelak selepas warga emas itu tibatiba memandu keretanya masuk ke simpang,” katanya.

Impak perlanggar­an menyebabka­n kenderaan pelajar terbabas dan terperosok di longkang, sementara kereta kerani tersorong sebelum terpusing dan terhenti di laluan kanan jalan.

Saksi kejadian diminta menghubung­i polis atau tampil di IPD Tawau.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu yang tersepit dalam keretanya.
ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu yang tersepit dalam keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia