Utusan Borneo (Sabah)

KPLB sambut baik cadangan khidmat Majlis Daerah diperluas

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA BELU D: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menyambut baik perkhidmat­an Majlis Daerah diperluask­an ke seluruh daerah di negeri ini mengikut sempadan daerah masingmasi­ng.

Menterinya Ewon Benedick berkata, usaha itu akan membolehka­n pejabat daerah dalam memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada masyarakat dalam satu-satu daerah.

“Saya fikir ini adalah satu langkah ke hadapan bagi Sabah kerana saya amat pasti bahawa kawasan perbandara­n, perumahan, pusat industri dan pusat ekonomi seperti tamu pastinya akan berkembang di semua daerah.

“Justeru, perkhidmat­an pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah juga perlu diperkasak­an bermula pada sekarang,” katanya pada sidang media selepas Taklimat dan Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, di sini pada Selasa.

Dalam taklimat itu, dinyatakan bahawa kawasan perkhidmat­an Majlis Daerah kini meliputi keseluruha­n sempadan daerah.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, sudah tentu komuniti luar pekan akan mendapat manfaat daripada perkhidmat­an PBT ini terutamany­a pengurusan sisa pepejal.

“Ini akan menjadikan kawasan kita lebih teratur. Pun begitu, saya pasti ini juga berkaitan dengan limitasi sumber yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmat­an,” katanya.

Beliau turut menyokong usaha PBT untuk meningkatk­an kutipan hasil melalui industri pelanconga­n seperti yang dicadangka­n oleh Jaujan, ia sesuai dengan perkhidmat­an yang disediakan untuk mengurus sisa pepejal daripada pusatpusat pelanconga­n dalam daerah itu.

“Saya turut menyokong keputusan Majlis Daerah meningkatk­an kadar kompaun kepada pemilikpem­ilik haiwan ternakan yang gagal mematuhi undangunda­ng kecil dan membiarkan ternakan mereka berkeliara­n di sekitar pekan Kota Belud.

“Saya fikir kita harus menjadi sebahagian daripada penyelesai­an masalah untuk menjadikan pekan Kota Belud lebih bersih dan ceria daripada sebelum ini.

“Saya menyokong perusahaan ternakan oleh komuniti kita tetapi tidak sepatutnya membiarkan ternakan berkeliara­n di dalam pekan,” katanya.

Berkaitan penambahba­ikan program pembasmian kemiskinan di Sabah, Ewon akan membangkit­kan isu-isu itu semasa Mesyuarat Menterimen­teri Pembanguna­n Luar Bandar seluruh Malaysia pada 30 Julai ini.

Katanya, isu-isu itu termasuk peruntukan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar (JALB) dan Lampu Jalan Luar Bandar.

“Selain itu, perkara lain yang akan kita bangkitkan ialah Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Komuniti termasuk hal-hal melibatkan perkongsia­n maklumat yang lebih harmoni antara KPLB Sabah dan Persekutua­n.

“Saya berharap dapat membangkit­kan perkaraper­kara itu yang turut menjadi keprihatin­an utama masyarakat luar bandar yang memerlukan sokongan dan penglibata­n kerajaan Persekutua­n,” katanya.

 ??  ?? EWON( dua kiri) dan Jaujan (kanan) ketika sidang media.
EWON( dua kiri) dan Jaujan (kanan) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia