Utusan Borneo (Sabah)

Ketengah pelanconga­n di pantai timur Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Operator pelanconga­n disaran lebih mengetenga­hkan pelanconga­n di kawasan pantai timur negeri ini.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal Alian berkata, masih banyak kawasan yang memiliki tarikan pelanconga­n belum diterokai di pantai timur.

“Sebagai contoh, kita boleh cadangkan kawasan Darvel Bay di Lahad Datu untuk diwartakan sebagai kawasan Taman Marin.

“Selain kaya dengan terumbu karang, kawasan Darvel Bay ini juga dipenuhi dengan hidupan laut yang sangat menarik,” katanya di sini pada Selasa.

Assafal ditemui media selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew merasmikan Bengkel ‘Intermedia­te Digital Tourism’ anjuran Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB).

Menurutnya, setakat ini belum ada apa-apa aktiviti pelanconga­n dijalankan di kawasan berkenaan.

Pihaknya akan menjalanka­n kajian menyeluruh untuk melihat potensi yang boleh dimajukan sebagai produk pelanconga­n baharu.

“Cadangan ini juga akan membabitka­n program inap desa (homestay) yang dikendalik­an komuniti setempat memandangk­an Darvel Bay masih kekurangan hotel bertaraf empat dan lima bintang.

“Justeru, ini juga membuka peluang kepada komuniti setempat untuk bergiat dalam industri pelanconga­n,” katanya.

Terdahulu, beliau turut membacakan teks ucapan Christina yang menjelaska­n setakat Mei lepas kehadiran pelancong ke Sabah seramai kira-kira 1.5 juta orang dan ia meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurutnya, sebanyak 52 peratus daripada 3.68 juta pelancong ke Sabah tahun lepas adalah Pengembara Persendiri­an Bebas (FIT).

“Kebanyakan mereka ini aktif menggunaka­n media sosial dan sering berkongsi maklumat dan gambar tentang destinasi yang dikunjungi.

“Sehubungan itu, ia juga peluang kepada industri untuk menggunaka­n gambar yang menarik dan bermakna dalam mempromosi­kan pelanconga­n,” katanya.

Turut hadir, penceramah jemputan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif E-Tourism Frontiers Damian Cook; Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Sulai dan Pengurus Besar STB Suzaini Sabdin Ghani.

 ??  ?? ASSAFFAL (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Damian (dua kiri) sambil diperhatik­an Suzaini (kiri) dan Rosmadi (kanan).
ASSAFFAL (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Damian (dua kiri) sambil diperhatik­an Suzaini (kiri) dan Rosmadi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia