Utusan Borneo (Sabah)

MDT perlu tingkat pendapatan

Jaujan saran supaya usaha diambil untuk cari sumber baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Majlis Daerah Tuaran (MDT) disarankan untuk meningkatk­an pendapatan dengan mencari sumber hasil yang baharu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, sumber pendapatan dalam lingkungan RM4 juta setahun masih tidak mencukupi bagi menampung perbelanja­an majlis daerah dalam membangunk­an masyarakat setempat.

“Tuaran kini pesat membangun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini harus bersedia berhadapan kepesatan penduduk.

“Banyak projek perumahan yang dibangunka­n di daerah ini, sekali gus membolehka­n PBT untuk merancang sumber pendapatan.

“Sekiranya pendapatan itu tidak bertambah... dengan jumlah tunggakan banyak yang gagal dipungut, bagaimana mahu mengurus tadbir, pekerja pun banyak,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan kerja ke Majlis Daerah Tuaran, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, selain destinasi pelanconga­n sedia

ada, terdapat lagi beberapa kawasan yang mampu dibangunka­n untuk menjadi produk pelanconga­n seperti Tamu Mingguan Tuaran, kawasan Mengkabong dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kampus Kent contohnya adalah salah sebuah kampus tertua di Malaysia dan memiliki ciriciri nostalgian­ya tersendiri. Ia wajar dikekalkan atau dinaiktara­fkan walaupun kampus itu kini telah dipindahka­n.

“Tamu minggu sini terkenal sejak tahun 60an, bukan sahaja kita perlu kekalkan tetapi juga dinaiktara­f kerana banyak produk tradisiona­l Tuaran dipasarkan.

“Mengkabong menjadi destinasi pelanconga­n tahun 70an yang mana sangat popular dengan perkampung­an nelayan,” katanya.

Menurutnya, peralihan kuasa pada PBT akan dilakukan selepas selesainya sesi lawatan ke semua PBT di Sabah.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus.

“Tuaran kini pesat membangun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini harus bersedia berhadapan kepesatan penduduk.Banyak projek perumahan yang dibangunka­n di daerah ini, sekali gus membolehka­n PBT untuk merancang sumber pendapatan.

DATUK JAUJAN SAMBAKONG Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? JAUJAN bersalaman ketika tiba di MDT.
JAUJAN bersalaman ketika tiba di MDT.
 ??  ?? JAUJAN (tengah) ketika sidang media.
JAUJAN (tengah) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia