Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi digital kukuhkan industri pertanian

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Perluaskan ekonomi digital tuntutan penting dalam meningkatk­an industri pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, usaha itu juga membantu mempergiat­kan industri pertanian dalam perkhidmat­an awam.

Menurutnya, kini pertanian menjadi lambang perniagaan dengan kaedah transaksi jual-beli yang bukan saja melibatkan tunai fizikal.

Malah katanya, ia dijalankan secara digital atas talian, tanpa sempadan dengan kos yang lebih murah.

“Revolusi industri terkini juga memperkena­lkan kita kepada konsep ‘Big Data’ yang membawa manfaat besar kepada sistem perkhidmat­an.

“Ia mampu memanfaatk­an data yang berpotensi luas menerusi perkongsia­n data antara kementeria­n dan agensi kerajaan.

“Selain itu, konsep ini dapat mengurangk­an data silos sekaligus berkongsi data untuk keputusan yang lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) 2018 Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), jabatan dan agensi di bawahnya di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh pembantuny­a Dr Daud Yusuf.

Juns berkata, menerusi konsep Big Data, ia akan menambahba­ik proses membuat keputusan.

“Saya berharap agar seminar ICT ini dapat dijadikan platform interaktif dalam perkongsia­n teknologi terkini.

“Pada masa sama, kita dapat membincang­kan potensi ICT dalam memantap dan memperkasa­kan lagi penyampaia­n perkhidmat­an awam secara bersepadu,” jelasnya.

Pada majlis itu, lebih 200 kakitangan Mafi mengikuti seminar ICT yang diadakan setiap tahun.

 ??  ?? DAUD (tengah) mendengar penjelasan peserta ketika melawat tapak pameran.
DAUD (tengah) mendengar penjelasan peserta ketika melawat tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia