Utusan Borneo (Sabah)

Lakukan khianat, lelaki dipenjara 18 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 22 tahun, yang memecahkan cermin sebuah kedai runcit di Manggatal, di sini, dikenakan penjara 18 bulan.

Majistret Stphanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Alpa Tam, yang tidak diwakili peguam, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tertuduh memecahkan cermin kedai runcit Check Point Mart, dengan cara membaling batu, pada 23 Jun jam 4.10 pagi.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat pengadu yang mengatakan dihubungi pekerjanya, mengenai kejadian terbabit.

Beliau juga dimaklumka­n, pekerjanya berjaya menangkap lelaki terbabit, lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Semasa rayuan, Alpa yang memakai baju kemeja biru, memohon tempoh pemenjaraa­nnya bermula dari tarikh tangkap.

“Ini kesalahan pertama saya, saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti ini lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita mengaku salah memiliki syabu seberat 0.16 gram yang disembunyi­kan di dalam kotak rokok, dikenakan penjara 14 bulan.

Sarimah Amil, 40, ditangkap semasa polis menjalanka­n operasi di belakang pasar malam Inanam, di sini, pada 3 April jam 4.30 petang.

Atas kesalahan itu, tertuduh yang mempunyai tiga anak disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah memerintah­kan Alpa dan Sarimah dirujuk ke Jabatan Imigresen, setelah tamat tempoh hukuman, kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Kedua-dua pendakwaan terbabit dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia