Utusan Borneo (Sabah)

Kesan waris kanak-kanak perempuan 9 tahun

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Daerah Beluran sedang mengesan keluarga atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan kini berumur 9 tahun yang ditinggalk­an.

Pelindung Asmad Nasir berkata siasatan awal hasil dari temuduga yang dijalankan, menurut pengadu beliau melaporkan bahawa pada 4 Julai 2009 kira-kira jam 4 petang di luar kedai Pekan Sedco Kinabatang­an, didatangi seorang wanita berbangsa Sungai yang tidak dikenali.

Menurut pengadu, wanita terbabit meminta bantuannya untuk menjaga sementara bayi perempuan yang berumur lingkungan satu bulan pada masa itu, kerana mahu membeli makanan dan lampin.

Pengadu dengan rela hati menjaga sementara bayi berkenaan atas dasar simpati kepada wanita terbabit yang berumur lingkungan 30an.

Setelah satu jam menunggu, wanita terbabit tidak lagi muncul dan pengadu membawa balik bayi itu ke rumahnya di Taman Bukit Permata, Lorong 7, Blok L, LPPB Kota Kinabatang­an dan pada masa yang sama, pengadu telah berusaha mencari wanita berkenaan, namun sehingga laporan ini dibuat wanita terbabit gagal dikesan.

Asma d berkata, satu laporan polis telah dibuat pada 19 Oktober 2017 berhubung kanak-kanak terbabit setelah dinasihatk­an oleh pihaknya.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan kes.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubung­i beliau di pejabatnya atau melalui talian 089-561873.

 ??  ?? KANAK-KANAK perempuan yang ditinggalk­an pada 2009 kini berumur 9 tahun.
KANAK-KANAK perempuan yang ditinggalk­an pada 2009 kini berumur 9 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia