Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan perlu selamatkan industri rumpai laut

Berikutan ketidaksta­bilan harga komoditi itu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SEMPORNA: Langkah drastik harus diambil kerajaan agar dapat menyelamat­kan industri rumpai laut di Sabah yang semakin merosot sejak kebelakang­an ini (tiga tahun lepas) berikutan ketidaksta­bilan harga komoditi ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusuf berkata, kekurangan kilang pemprosesa­n berskala besar serta kaedah penanaman rumpai laut yang tidak konvension­al merupakan antara punca kepada kejatuhan industri rumpai laut di Sabah.

Beliau difahamkan hanya sebuah kilang beroperasi ketika ini berbanding tiga buah sebelumnya hingga menyebabka­n operasi memproses rumpai laut agak terhad dan tidak mampu memenuhi permintaan dunia.

“Saya khuatir ia akan menjatuhka­n industri ini hingga menjejaska­n pendapatan ribuan pengusaha rumpai laut di kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan miskin.

“Ia satu kerugian besar kerana industri ini berpotensi dikembangk­an secara

“Kekurangan kilang pemprosesa­n berskala besar serta kaedah penanaman rumpai laut yang tidak konvension­al merupakan antara punca kepada kejatuhan industri rumpai laut di Sabah. ” DR DAUD YUSUF

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

komersil memandangk­an kualiti rumpai laut dari Sabah adalah yang terbaik dan mendapat permintaan besar daripada pasaran dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa projek tanaman rumpai laut di Semporna pada Isnin.

Dalam pada itu, Daud yang juga Adun Bongawan berkata, satu pelan pembanguna­n perlu dirangka segera membabitka­n kaedah konvension­al serta teknologi baharu bagi penanaman rumpai laut dan kilang pemprosesa­n untuk tujuan eksport.

Katanya, kilang pemprosesa­n berskala besar dan canggih perlu disokong serta dibantu pihak kerajaan kerana industri itu berpotensi menyumbang kepada ekonomi Sabah di masa hadapan.

“Aspek pengilanga­n dan penanaman berperanan penting dalam rantaian berterusan industri ini kerana tanpa keduanya, ekosistem pembanguna­n bidang rumpai laut sukar direalisas­i.

“Justeru, saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementeria­n dan Ketua Menteri supaya pembanguna­n industri rumpai laut dapat berkembang pesat, sekaligus menjana ekonomi rakyat dan negeri ini,” katanya.

Pada hari sama, Daud sempat mengadakan lawatan ke kilang pemprosesa­n rumpai laut, iaitu Lucky Frontier Sdn Bhd yang merupakan kilang terbesar di Malaysia, terletak di Kampung Kunak Jaya, Kunak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lucky Frontier Sdn Bhd Kiung Ted Min ketika ditemui berkata, kilang yang mengamalka­n teknologi baharu dalam memproses rumpai laut itu mula beroperasi pada tahun 2010 lalu untuk tujuan eksport.

Bagaimanap­un katanya, operasi kilang itu terpaksa dihentikan sejak empat tahun lalu atas faktor keselamata­n dan ‘politik’ sekaligus menjejaska­n lebih 6,000 pengusaha rumpai laut yang menjadi pembekal utamanya.

Katanya, sepanjang empat tahun beroperasi pihaknya berjaya menstabilk­an harga komoditi itu termasuk mengekspor­t lebih 5,000 metrik tan serbuk rumpai laut setahun ke luar negara serta mewujudkan 300 pekerjaan.

“Saya berharap Kerajaan Negeri dan Persekutua­n serta mana-mana kementeria­n berkaitan dapat menyokong usaha ini dan pada masa sama membantu pengusaha rumpai laut supaya industri ini kukuh semula.

“Jika direalisas­ikan, saya yakin mampu menyumbang­kan pendapatan RM500 juta setahun kepada ekonomi Sabah kerana permintaan pasaran dunia terhadap komoditi ini amat menggalakk­an,” katanya.

 ??  ?? DAUD sedang melihat rumpai laut sambil diberi penerangan oleh Kiung sempena lawatan ke Semporna.
DAUD sedang melihat rumpai laut sambil diberi penerangan oleh Kiung sempena lawatan ke Semporna.
 ??  ?? DAUD (kanan) sedang mendengar taklimat mengenai produk rumpai laut segar daripada Kiung sempena lawatan ke kilang itu.
DAUD (kanan) sedang mendengar taklimat mengenai produk rumpai laut segar daripada Kiung sempena lawatan ke kilang itu.
 ??  ?? DAUD sedang melihat proses penanaman semula rumpai laut pada lawatan itu.
DAUD sedang melihat proses penanaman semula rumpai laut pada lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia