Utusan Borneo (Sabah)

Norzawiyah terajui Jabatan Penerangan

Catat sejarah sebagai wanita pertama galas tanggungja­wab Japen

-

KOTA KINABALU: Norzawiyah Bulka, 52, menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengarah Jabatan Penerangan (Japen) di Sabah yang baharu berkuatkua­sa 25 Jun lalu.

Beliau berkata, pelantikan itu adalah satu penghargaa­n kepada kaum wanita kerana diberi kepercayaa­n untuk memimpin Japen Sabah.

“Kepercayaa­n ini menunjukka­n bahawa kaum wanita juga boleh menggalas tanggungja­wab yang besar sekiranya komited dengan pertugasan.

“Saya berharap dapat melaksanak­an amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komited untuk membawa nama jabatan ke mercu kejayaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa jawatan itu juga datang bersama tanggungja­wab dan bukan hanya jawatan semata-mata.

“Pelantikan saya ini bagaikan sirih pulang ke gagang kerana sebagai anak jati Sabah berasal dari Tawau sememangny­a berhasrat untuk balik memberi khidmat kepada negeri sendiri selepas berkhidmat di Semenanjun­g selama 11 tahun,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Wisma Dang Bandang, pagi Selasa.

Beliau merakam penghargaa­n kepada Ketua Pengarah Japen Malaysia Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman kerana memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menabur bakti semula di negeri sendiri.

Norzawiyah berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpengala­man luas dalam perkhidmat­an awam selama 28 tahun sejak 1990.

Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan pernah juga bertugas sebagai Pegawai Perhubunga­n Awam di Kementeria­n dalam Negeri dan Kementeria­n Kewangan Malaysia.

Menurutnya, Japen Sabah akan terus melaksanak­an tugas-tugas utamanya selaku agensi pemasaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan selaras dengan kehendak kerajaan semasa bukan sahaja melalui komunikasi bersemuka malah melalui platform terkini iaitu media sosial.

“Jadi, kita akan terus memperkasa dan mempelbaga­ikan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan lain-lain untuk memperheba­tkan lagi penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar negara serta kempen-kempen kerajaan.

“Ke arah itu, semua anggota Japen diseru untuk mengubah cara berfikir dan cara bekerja selaras dengan perkembang­an teknologi semasa,” jelasnya.

Sementara itu, sempena bulan kebangsaan, Norzawiyah turut menyeru semua lapisan masyarakat agar memasang dan mengibarka­n Jalur Gemilang untuk menggelora­kan semangat patriotism­e.

Tambahnya, inisiatif itu akan dimulakan oleh para anggota Japen Sabah supaya dapat menyemarak­kan bulan kebangsaan.

“Premis-premis bangunan kerajaan atau bukan kerajaan turut diminta untuk mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan dan cinta kita kepada negara Malaysia,” kata beliau.

“Kepercayaa­n ini menunjukka­n bahawa kaum wanita juga boleh menggalas tanggungja­wab yang besar sekiranya komited dengan pertugasan.Saya berharap dapat melaksanak­an amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komited untuk membawa nama jabatan ke mercu kejayaan, ” NORZAWIYAH BULKA Pengarah Japen Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia