Utusan Borneo (Sabah)

JPN digesa pantau mutu khidmat kakitangan

-

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) digesa memantau mutu perkhidmat­an kakitangan, meningkatk­an etika kerja serta mengurangk­an birokrasi semasa memberi perkhidmat­an kepada orang awam.

Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee membuat gesaan itu berikutan pengalaman yang dialami beliau semasa berurusan dengan JPN mengenai pertukaran ras seorang pengadu pada awal April lalu.

Beliau berkata, menurut resit yang dikeluarka­n oleh JPN, proses pertukaran mengambil masa selama tiga bulan.

“Pada 13 Julai 2018, saya pergi ke pejabat JPN bagi pihak pengadu. Saya dimaklumka­n oleh pegawai bertugas bahawa proses pertukaran belum siap dan perlu menunggu satu bulan lagi. Pegawai berkenaan kemudian meminta saya datang lagi setiap bulan jika pada ketika itu belum siap,” katanya.

Beliau yang tidak berpuashat­i dengan nada birokrasi yang diamalkan berkata, JPN bukan berurusan untuk seseorang sahaja.

Lee berpendapa­t tanggungja­wab penjawat awam adalah berkhidmat kepada rakyat secara menyeluruh.

“Tidak dinafikan bahawa terdapat juga kakitangan JPN yang dedikasi, mesra dan berbudi bahasa. Saya berharap pihak atasan JPN tidak memandang enteng prestasi segilintir kakitangan yang suka berlagak dan kurang mesra ini kerana pandangan negatif daripada masyarakat umum boleh menjejaska­n imej JPN pada keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia