Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak gembira terima duit raya

-

Kanak-kanak berasa gembira apabila menerima duit raya sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang. Penyampaia­n duit raya itu adalah antara aktiviti yang diadakan sempena program tahunan itu.

Turut diadakan bacaan Yasin dan doa selamat sekampung serta penyampaia­n saguhati kepada AJK Masjid sesi 2016-2018.

Jemaah yang hadir turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum menikmati jamuan raya.

Majlis yang bermula selepas solat Isyak itu dimeriahka­n dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ustaz Junid Aling yang mewakili Pas.

Hadir sama, Ketua Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid 2018-2020 Jamian Ngadi dan Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad.

Jamian mengucapka­n terima kasih kepada semua AJK masjid yang berusaha gigih memastikan program itu berjalan lancar.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada semua jemaah dan penduduk kampung serta tetamu yang hadir sekaligus memeriahka­n Majlis Aidilfitri 2018,” katanya.

Jamian berkata program itu diadakan untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dalam kalangan jemaah Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang.

Beliau berharap menerusi penganjura­n program seperti itu, lebih ramai jemaah akan mengimarah­kan masjid yang menyediaka­n pelbagai program termasuk majlis ilmu seperti ceramah dan kuliah agama.

 ??  ?? ROZMAN (dua kanan), Bashir (tiga kanan), Junid (tiga kiri), Imam Jamian (dua kiri) dan Nordin (kanan) menjamu selera pada majlis itu.
ROZMAN (dua kanan), Bashir (tiga kanan), Junid (tiga kiri), Imam Jamian (dua kiri) dan Nordin (kanan) menjamu selera pada majlis itu.
 ??  ?? JAMIAN menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
JAMIAN menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia