Utusan Borneo (Sabah)

Menimba ilmu pertanian

Ahli Persatuan Sains dan Matematik lawat Taman Pertanian Kilan

-

SERAMAI 29 murid dan tiga guru dari Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Pertanian Kilan, Kampung Bukit Kuda, Labuan.

Persatuan itu dipengerus­ikan oleh Ahmad Naquib Syahmun dari Kelas Tahun 6 Arif manakala Timbalan Pengerusin­ya, Nurshyuhad­a Balqis Amir dari Kelas Tahun 5 Arif.

Objektif lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih dekat aktiviti pertanian yang dijalankan di taman berkenaan.

Lawatan didahului dengan taklimat ringkas oleh Marius Gosong yang menerangka­n aktiviti pertanian yang dijalankan di Taman Pertanian Kilan merangkumi penanaman durian, ternakan madu kelulut, tanaman kelapa dan tanaman sayuran fertigasi.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Pengarah Jabatan Pertanian WP Labuan Mohd Jurijh Abdullah Fauzi bersama empat pegawainya, Zaimi Abu Bakar, Dk Norbaiyah Ag Besar, Sabtu Mohamad dan Kasminah.

Mohd Jurijh berkata Jabatan Pertanian berpindah tahun ini ke Taman Pertanian Kilan untuk mengurus dan menghidupk­an semula Taman Pertanian Kilan.

Beliau berkata Jabatan Pertanian Labuan ketika ini mempunyai seramai 20 kakitangan.

“Taman Pertanian Kilan seluas 6.7 hektar dan 4 hektar kawasan ini telah ditanam lebih kurang 70 pokok durian berkualiti dan 150 pokok kelapa matak dan kelapa pandan,” katanya.

Murid-murid diajar caracara penanaman kangkung sebenar yang betul oleh Penolong Pegawai Pertanian Dk Norbaiyah Ag Besar di atas batas dengan tanah yang telah dicampur baja asli.

Beliau menambah tanaman sayur kangkung ini boleh dituai dan dijual setelah 28 hari.

Cara ternakan madu kelulut didedahkan oleh Penolong Pegawai Pertanian Marius Gosong kepada semua murid dan menyatakan terdapat lebih kurang 70 sarang madu kelulut di taman itu.

Pembantu Pegawai Pertanian Sabtu Mohamad telah menunjukca­ra teknik cantuman durian benih durian.

Turut serta dalam lawatan itu, tiga guru penasihat Persatuan Sains dan Matematik SK Lubok Temiang; Junainah Yahya, Nunih Idrus dan Alice Kinsai.

Pada tahun lepas, persatuan itu telah melawat penanaman sayur di Agri Base Sungai Buton, Muzium Marin dan Taman Burung.

 ??  ?? MARIUS memberi penerangan semaian dan cantuman pokok durian. MURID mendengar penerangan ternakan kelulut daripada Sabtu. NORBAIYAH mengajar cara-cara menanam sayur kangkung kepada murid SK Lubok Temiang. AHLI Persatuan Sains dan Matematik SK Lubok...
MARIUS memberi penerangan semaian dan cantuman pokok durian. MURID mendengar penerangan ternakan kelulut daripada Sabtu. NORBAIYAH mengajar cara-cara menanam sayur kangkung kepada murid SK Lubok Temiang. AHLI Persatuan Sains dan Matematik SK Lubok...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia