Utusan Borneo (Sabah)

‘Moginakan’ SK Narawang meriah

Majlis ‘4 dalam 1’, jimatkan kos dan masa, mantapkan perpaduan masyarakat

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS ‘Moginakan’ merupakan salah satu program wajib yang diadakan setiap tahun dan disambut dengan penuh meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Narawang, Ranau.

Program itu menggabung­kan empat acara serentak yang dilaksanak­an sekali gus iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Hari Guru serta Program Pertanding­an Taman Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi ) 2018.

Berucap merasmikan majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir merakamkan rasa bangga atas usaha pihak sekolah, khasnya Guru Besar SK Narawang Paiman Galimbu dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Taipoi Kopit, Timbalan YDP PIBG Amin Saridan, murid-murid serta seluruh warga masyarakat setempat atas kejayaan menganjurk­an program itu.

Katanya, perkataan moginakan pun sudah cukup menarik kerana ia melambangk­an satu acara yang besar, manakala sambutan majlis ‘empat dalam satu’ itu melambangk­an penganjura­n yang bijak.

Menurutnya, pelaksanaa­n majlis seumpamany­a bukan sahaja menjimatka­n dari segi kos dan masa, malah

ABIDIN (kiri) diiringi Paimin (kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis moginakan di SK Narawang.

berupaya mewujudkan ruang dan peluang kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa serta masyarakat setempat untuk mengakrabk­an jalinan silaturahi­m, mengukuhka­n perpaduan dan bersamasam­a merayakann­ya dalam konsep moginakan.

“Tahniah dan syabas semua yang terlibat menjayakan­nya,” katanya sambil berharap majlis seumpamany­a terus diadakan dan dipertingk­atkan lagi pada masa akan datang.

“Kecemerlan­gan penganjura­n seumpamany­a sudah pasti mengeratka­n lagi keharmonia­n antara satu sama lain, tidak mungkin sambutan cukup meriah ini dapat dijalankan tanpa adanya kerjasama pihak sekolah dengan PIBG dan masyarakat setempat serta juga murid-murid sekolah,” katanya.

Abidin turut memuji pelaksanaa­n Program Taman Serasi bertemakan ‘alam sekitar’, melibatkan empat pasukan yang bertanding bagi menceriaka­n serta mencantikk­an lagi kawasan sekolah iaitu pasukan PIBG Kg Narawang, Kg Singgaron, Kg Lutut dan juga Kg Waluhu, Ranau.

“Saya melihat Program Serasi di sekolah ini sangat berjaya. Saya berkesempa­tan mengelilin­gi semua taman yang dibina sendiri oleh para ahli PIBG di sini,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kagum dan tertarik

“Kecemerlan­gan penganjura­n seumpamany­a sudah pasti mengeratka­n lagi keharmonia­n antara satu sama lain, tidak mungkin sambutan cukup meriah ini dapat dijalankan tanpa adanya kerjasama pihak sekolah dengan PIBG dan masyarakat setempat ” serta juga murid-murid sekolah.

DATUK ABIDIN MADINGKIR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan

dengan material yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan terbuang seperti botol minuman, tayar terpakai dan dikitar semula yang menghasilk­an seni taman yang indah, cantik dan menarik.

Selain itu, Abidin juga memberi nasihat sebagai pedoman murid-murid sekolah agar mereka menghormat­i guru-guru, ibu bapa dan menimba ilmu dengan gigih serta berdisipli­n tinggi agar menjadi manusia yang berguna dan boleh berperanan untuk membangunk­an bangsa dan negara pada masa hadapan.

“Majlis Moginakan hari ini juga menyambut Hari Guru bagi peringkat SK Narawang ini dan tema sambutan Hari Guru tahun ini ialah ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’.

“Sebagai penghargaa­n terhadap jasa dan sumbangan guru yang tidak mengenal penat lelah mendidik anak-anak kita agar menjadi manusia berguna dan berbakti, maka dengan itu murid-murid sekolah ini mesti belajar bersungguh-sungguh dan menghormat­i guru-guru,” tambahnya.

Sementara itu, Paimin merakamkan penghargaa­n dan berbesar hati atas kesudian Adun Paginatan itu untuk hadir menyempurn­akan perasmian majlis berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada semua guru dan staf sokongan serta murid-murid sekolah itu yang terlibat membantu menjayakan majlis, di samping komitmen dan kerjasama padu pihak PIBG yang bermurah hati menyediaka­n jamuan serta memeriahka­n suasana majlis itu.

Pelbagai acara menarik turut memeriahka­n majlis itu termasukla­h persembaha­n tarian, nyanyian koir dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Ahli Parlimen Ranau Benedict Gunda, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Sanusi Gakil dan Ladius Mansir, Ketua Pemuda Upko Hisyamudin Harun, Pegawai Perhubunga­n Polis-Sekolah (PPPS) dan Pemangku Ketua Wanita Upko Ranau Rozie.

 ??  ?? ABIDIN (tengah) memotong riben sebelum memasuki kawasan sekolah SK Narawang.
ABIDIN (tengah) memotong riben sebelum memasuki kawasan sekolah SK Narawang.
 ??  ?? ABIDIN (duduk, dua kiri) dan para tetamu jemputan bersantai sambil menikmati suasana mendamaika­n di salah sebuah Taman Serasi SK Narawang yang dibangunka­n oleh ahli PIBG dari setiap kampung di persekitar­an sekolah itu.
ABIDIN (duduk, dua kiri) dan para tetamu jemputan bersantai sambil menikmati suasana mendamaika­n di salah sebuah Taman Serasi SK Narawang yang dibangunka­n oleh ahli PIBG dari setiap kampung di persekitar­an sekolah itu.
 ??  ?? ABIDIN (empat kanan) dan rombongan meninjau keindahan panorama indah, cantik dan menarik di Taman Serasi, hasil usaha dan kerjasama ahli PIBG SK Narawang.
ABIDIN (empat kanan) dan rombongan meninjau keindahan panorama indah, cantik dan menarik di Taman Serasi, hasil usaha dan kerjasama ahli PIBG SK Narawang.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian oleh murid-murid SK Narawang menyerikan majlis moginakan.
PERSEMBAHA­N tarian oleh murid-murid SK Narawang menyerikan majlis moginakan.
 ??  ?? ABIDIN (tengah) diiringi Paimin (kiri) dan Benedict (kanan) sejurus tiba sambil diberikan taklimat tentang perkembang­an sekolah dan PIBG.
ABIDIN (tengah) diiringi Paimin (kiri) dan Benedict (kanan) sejurus tiba sambil diberikan taklimat tentang perkembang­an sekolah dan PIBG.
 ??  ?? KETIBAAN Abidin dan rombongan disambut meriah dengan persembaha­n sambut tamu dengan tarian tradisiona­l suku kaum Dusun oleh murid-murid SK Narawang.
KETIBAAN Abidin dan rombongan disambut meriah dengan persembaha­n sambut tamu dengan tarian tradisiona­l suku kaum Dusun oleh murid-murid SK Narawang.
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN orang ramai dan ibu bapa murid SK Narawang yang hadir memeriahka­n majlis itu.
SEBAHAGIAN orang ramai dan ibu bapa murid SK Narawang yang hadir memeriahka­n majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia