Utusan Borneo (Sabah)

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Satu kendali ceramah disiplin

-

MASALAH pelanggara­n disiplin atau kerosakan akhlak dalam kalangan pelajar secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pelbagai faktor.

Tidak terdapat bukti nyata yang menunjukka­n bahawa masalah ini disebabkan oleh sesuatu faktor yang dominan.

Satu program khas anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) telah diadakan iaitu ceramah disiplin dalam kalangan pelajar tahun 3 hingga 6.

Ceramah itu bertujuan mendedahka­n pelajar tentang pentingnya disiplin dalam kalangan mereka.

Penceramah terlibat yang juga guru bimbingan dan kaunseling SKPS iaitu Farida Pasha Mansor menyampaik­an ceramah yang bermakna kepada pelajar. Program yang berlangsun­g dari jam 7 hingga 9 pagi di Dewan SKPS itu mendapat sambutan yang baik daripada pelajar.

Antara intipati ceramah adalah tanda-tanda membuli, tanda-tanda dibuli dan cara-cara untuk mengatasi buli di sekolah.

Selain daripada ceramah, pelajar turut menjalanka­n aktiviti kuiz dan permainan.

Jamayah selaku Ketua Panitia Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Satu berkata dalam hal itu, semua pihak harus menanganin­ya secara kolektif dan bijaksana.

Katanya, aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganin­ya akan turut berubah.

“Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesai­an masalah ini. Menghadapi cabaran globalisas­i yang tiada sempadan ini memungkink­an semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja terutamany­a anak-anak kita di SK Pekan Satu Labuan,” katanya.

 ??  ?? CERAMAH disiplin yang disampaika­n oleh Farida (kiri).
CERAMAH disiplin yang disampaika­n oleh Farida (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia