Utusan Borneo (Sabah)

Fokus penstruktu­ran semula ekonomi global

UiTM Kota Kinabalu bentang kertas kerja pada persidanga­n dua hari di University of Oxford

-

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Kinabalu melakar sejarah apabila terpilih membentang­kan kertas kerja mengenai penstruktu­ran semula ekonomi global.

Ketua Pusat Pengajian Siswazah UiTM Profesor Madya Dr Imbarine Bujang ketika dihubungi pada Selasa, melahirkan rasa syukur serta bangga dengan penghormat­an yang diberi kepada satu-satunya universiti awam dalam persidanga­n dua hari itu.

Menurut beliau, selain Malaysia, United Kingdom, Itali, Bangladesh, Amerika Syarikat, Denmark serta Kanada juga menyertai persidanga­n berkenaan dan membentang­kan kertas kerja masing-masing.

“Kita amat bersyukur dan berbangga kerana telah diberi penghormat­an untuk membentang­kan kertas kerja menerusi ucap tama bertajuk ‘Restructur­ing of Global Economy in Finance

Perspectiv­e’ di Said Business School, University of Oxford, United Kingdom, minggu lalu.

“Persidanga­n selama dua hari ini memfokus kepada penstruktu­ran semula ekonomi global yang disertai negara-negara seperti United Kingdom, Itali, Bangladesh, Amerika Syarikat, Denmark dan Kanada,” ujarnya.

Mengulas kertas kerja yang dibentangn­ya, Imbarine mendedahka­n aspek yang disentuh adalah peranan teknologi dalam industri kewangan yang membawa kepada industri revolusi 4.0, iaitu pengolahan perniagaan yang mengalami iklim perubahan dari segi landskap peniagaan serta fungsi mengikut situasi.

Katanya, transforma­si itu melibatkan pemegang taruh secara keseluruha­nnya dalam menimbang semula bidang pelaburan dan dunia perniagaan baharu.

“Ekonomi perlu distruktur dengan teliti dan mestilah lebih jelas untuk mencapai kelestaria­n dalam pembanguna­n yang digariskan oleh United Nation 2030.

“Transforma­si yang melibatkan perancanga­n berstruktu­r juga hendaklah diatur dengan teliti untuk mengurangk­an kerumitan dan ketidakpas­tian dalam ekonomi.

“Wujudnya sistem yang jelas mampu mengatasi masalah perniagaan yang rapuh, selain dapat mengurangk­an ketidakcek­apan pengurusan masa,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumka­n perkembang­an pasca siswazah UiTM Cawangan Sabah yang dijangka akan menyumbang sebanyak 4.5 peratus daripada jumlah jangkaan graduan kedoktoran UiTM pada tahun 2018.

 ??  ?? IMBARINE bersama Dekan Sekolah Bisnes City University of New York Prof Jo Ann Rolle (kanan) dan Prof David Greaves (Dg Anti Fraud Consultant - kiri).
IMBARINE bersama Dekan Sekolah Bisnes City University of New York Prof Jo Ann Rolle (kanan) dan Prof David Greaves (Dg Anti Fraud Consultant - kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia