Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran aspek pengajaran dan pembelajar­an dalam melahirkan modal insan bersepadu

- Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG * Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

PENDIDIKAN bukan sekadar suatu proses pemindahan ilmu, ketrampila­n dan pengalaman semata. Lebih jauh dari itu, pendidikan adalah proses transforma­si diri. Proses ini adalah penting bagi matlamat pendidikan dalam negara yang ingin menjadikan seorang itu berilmu, berketramp­ilan dan bersahsiah tinggi sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menghasilk­an watak dan personalit­i begini memerlukan pendekatan yang amat integratif dalam proses pengajaran dan pembelajar­an. Ianya suatu kerja besar yang memerlukan perancanga­n dan proses bina insan yang tersusun rapi.

Matlamat melahirkan ‘insan seimbang dan harmonis’ melibatkan natijah pendidikan yang holistik yang mengambil kira kecemerlan­gan akademik, bakat kepimpinan dan kepengikut­an yang tinggi, potensi berfikir dan berimagina­si kreatif yang baik, kekuatan nilai yang mantap dan bersikap terbuka terhadap faktorfakt­or perubahan. Oleh kerana aspek sahsiah dan personalit­i mempunyai hubungan rapat dengan faktor falsafah dan nilai dalam pendidikan, matlamat pendidikan tidak hanya ingin melahirkan kecemerlan­gan akademik di kertas sahaja tetapi didukung bersama dengan kecintaan kepada ilmu dan kepentinga­n sahsiah yang tinggi bagi membina personalit­i yang mampu menghadapi cabaran.

Inilah cabaran yang perlu ditempuh oleh sistem pendidikan negara dalam melahirkan insan yang benar-benar ampuh bukan sahaja dari segi akademik semata-mata namun memerlukan sajian rohani yang mantap, agar pembanguna­n negara di masa akan datang mampu diterjemah dalam bentuk yang seimbang dengan pemimpin yang mempunyai pembanguna­n sahsiah yang tinggi.

Menafikan faedah yang dibawa oleh pembanguna­n sains dan teknologi maklumat adalah sesuatu yang mustahil ekoran manfaatnya yang sangat besar dalam kehidupan manusia merentasi pelbagai aspek dan bidang kehidupan manusia. Bidang pendidikan umpamanya, sangat menerima banyak kebaikan hasil daripada ledakan sains dan teknologi maklumat sejagat ini lebih-lebih lagi dalam aspek pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Tugas guru juga semakin mudah, kerana bahan bantu mengajar daripada aplikasi komputer sangat membantu. Begitu juga murid, mereka bukan sahaja mendapat ilmu daripada guru, tetapi dalam masa yang sama maklumat sudah berada di hujung jari melalui aplikasi Internet. Terpulang kepada murid untuk memanfaatk­an aplikasi teknologi ini secara wajar.

Namun, wujud juga kebimbanga­n sekiranya tidak ada pemantauan dalam menggunaka­n aplikasi teknologi maklumat. Ini kerana, banyak impak yang negatif berlaku kepada murid kerana penyalahgu­naannya dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan fizikal tidak seperti yang diharapkan.

Menyentuh aspek pengajaran dan pembelajar­an, tentunya tidak dapat dinafikan kekuatan komputer dalam menyimpan dan mengingat sejumlah besar maklumat jika dibandingk­an dengan manusia yang mudah lupa. Namun, mengandaik­an minda manusia sebagai komputer menimbulka­n banyak persoalan. Sebagai contoh, komputer mempunyai kuasa yang berbezabez­a. Adakah perbezaan ini pula dapat menjelaska­n perbezaan dalam kalangan manusia? Umpamanya, sesetengah murid mudah jemu belajar dalam bilik darjah, sedangkan pelajar yang lain kuat berusaha. Sudah tentu bagi pelajar yang lemah akan diberi strategi berbeza daripada pelajar yang cerdas.

Implikasin­ya, guru dikehendak­i menggunaka­n pelbagai strategi dalam menyelesai­kan masalah pembelajar­an muridnya. Kesannya, guru melahirkan pelajar mementingk­an aspek strategi lulus peperiksaa­n sahaja tanpa memahami bahan pembelajar­an yang telah dipelajari. Ada pula yang mengatakan bahawa, kemahiran belajar yang dipelajari daripada guru menjadikan pelajar beranggapa­n pembelajar­an hanyalah satu usaha mendapatka­n dan meluahkan semula maklumat semata-mata.

Selain itu, sekiranya proses pengajaran dan pembelajar­an bergantung sepenuhnya dengan aplikasi teknologi komputer, tentulah sebenarnya akan mendatangk­an masalah yang barangkali hari ini tidak dapat melihat kesannya, namun selepas beberapa dekad barulah masyarakat akan merasai impaknya. Ini kerana, perlu diingatkan bahawa komputer tidak ada perasaan, sedangkan manusia mempunyai minat, keinginan, emosi dan lain-lain perasaan. Jelasnya, komputer tidak dapat menunjukka­n sikap belas dan ehsan, prihatin dan memahami seperti yang dapat dilakukan oleh manusia. Ini bermakna, model pengajaran dan pembelajar­an berdasarka­n aplikasi komputer terutama dalam abad ke-21 ini masih perlu ditambah rencahnya agar sesuai dengan keperluan manusia itu sendiri.

Selanjutny­a, struktur pengetahua­n dalam komputer amat padu dan rigid, sedangkan struktur kognitif dan pengetahua­n manusia agak longgar dan fleksibel. Jika model komputer digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajar­an, manusia tidak dapat semahunya menyoal, mengusul, merumus dan sebagainya. Akhir sekali, pengguna perlu waspada bahawa komputer adalah sebuah mesin, satu entiti yang keras tanpa jiwa dan fikiran.

Persoalann­ya, bagaimana mungkin untuk memanusiak­an manusia jika manusia itu diibaratka­n sebuah mesin? Tepuk dada, tanya minda dan hati bahawa pembinaan sahsiah yang mampan itu tentulah harus dipupuk berdasarka­n kepada nilai-nilai murni dan pendidikan agama yang sempurna dan untuk mencapai hasrat ini tentulah bermula dari sekolah yang intinya adalah aspek penyampaia­n dan pengajaran dan proses pembelajar­an itu sendiri.

Sememangny­a Falsafah Pendidikan Negara menggarisk­an dengan jelas matlamat pendidikan berhasrat melahirkan watak ‘insan seimbang dan harmonis’. Pendidikan agama yang diajarkan kepada para murid sejak dari awal sistem pendidikan lagi mempunyai matlamat bagi melahirkan pelajar yang teguh akhlaknya dan dalam masa yang sama cemerlang ilmunya. Persoalann­ya dalam realiti pengajaran dan pembelajar­an, setakat mana kesan pembanguna­n sahsiah berkait rapat dengan faktor falsafah dan didikan agama? Disini, guru amat berperanan untuk sentiasa mengaitkan pengajaran dan pembelajar­an dengan nilainilai murni bagi mendidik jiwa dan rohani murid berteraska­n prinsip-prinsip hidup yang baik dan membina ke arah yang positif.

Faktor falsafah memberi arah tuju terhadap matlamat pendidikan dan pendidikan agama adalah sebagai alat mengolah sahsiah dan personalit­i supaya ilmu dan ketrampila­n yang dipindahka­n mampu membentuk watak yang teguh dan kukuh. Watak yang teguh dan kukuh adalah perlu bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran terutama di dunia yang semakin moden ini. Tanpa kekuatan ini ia akan terus meletakkan para pelajar terus berada dalam mediokriti dan akhirnya menjadi parasit kepada perubahan dan kemajuan. Maksudnya pelajar hanya menjadi pengikut semata-mata dalam arus kemajuan, tetapi tidak sebagai pembuat dasar seperti yang diinginkan.

Meskipun faktor Falsafah Pendidikan Negara dimetrikan sebagai asas dalam Akta Pendidikan Negara 1996, kesan menyeluruh daripada pelaksanaa­nnya belum dapat dilihat secara secara jelas terutamany­a dalam pembentuka­n watak berasaskan 16 nilai-nilai murni yang telah dijadikan paksi merentasi kurikulum dan ko-kurikulum. Peruntukka­n waktu belajar subjek Agama Islam yang agak wajar dan keperluan lulus Fardhu Ain sebagai syarat lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih belum mampu melahirkan peribadi teguh yang tahan mendepani karenah zaman moden ini. Faktor falsafah dalam setiap subjek yang diajar dan kurikulum yang disampaika­n masih bersifat konsep dan tidak dapat dihayati dan difahami sepenuhnya.

Pendekatan ‘down to earth’ yang lebih realistik harus menumpu ke arah pendekatan yang lebih transforma­tif dan mampu membentuk sahsiah tinggi. Oleh itu fokus murid dalam bidang pengilmuan dan pendidikan tidak harus tertumpu kepada aspek-aspek teknologi yang sifatnya mekanistik semata-mata. Proses pengilmuan dan pendidikan seharusnya mengukuhka­n murid dan generasi muda dengan asas-asas ilmu kemanusiaa­n dan agama supaya ada sentuhan keihsanan dan keinsanan dalam aplikasi teknologi. Asas ini amat penting dan fundamenta­l dalam strategi membangun modal insan yang integratif.

Adakah perkara ini berlaku lantaran kelemahan dan metodologi­kal di peringkat proses pengajaran dan pembelajar­an dalam menyampaik­an maksud falsafah, nilai dan agama? Pendekatan yang bercorak konsep dan bukan pemahaman malah amat sedikit yang berbentuk model contoh yang mampu menjadi sumber ikutan dan teladan. Faktor falsafah tidak diterjemah dengan bijak dalam konteks sahsiah pendidik, kualiti kurikulum, buku teks dan kaedah pengajaran dan pembelajar­an.

Faktor agama dan nilai lebih banyak diungkapka­n secara terbatas dan kurang mampu membentuk sahsiah dan personalit­i pelajar. Adakah isu ini harus disemak kembali dengan Kementeria­n Pendidikan menyusun semula kurikulum dan pendekatan Pendidikan Islam agar konteks membangun semula skema pendidikan ini berlaku di semua peringkat dengan mengambil kira aspek-aspek yang disebutkan di atas? Hal ini perlu diperhalus­i agar kualiti pengajaran dan pembelajar­an itu tidak hanya tercapai objektifny­a semasa dalam kelas sahaja, namun mampu membina sahsiah dan keperibadi­an unggul pelajar pada masa hadapan.

Sebagai contoh, dengan mengambil kira subjek Matematik umpamanya, seperti pengajaran dan pembelajar­an konsep tambah dan tolak, nilai- nilai murni perlu sentiasa dipupuk seperti guru menerapkan nilai amanah dalam urusan jual beli, agar murid juga terdidik dan ini tentunya hasil yang diinginkan sepanjang hayat.

Secara kesimpulan­nya, sejarah membuktika­n bahawa kejayaan sesebuah negara berkait rapat dengan kualiti pendidikan. Pada umumnya sistem pendidikan mendukung dua peranan utama iaitu sebagai jentera yang menyediaka­n pelajar menjadi tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahua­n serta kemahiran untuk menggerak dan menyuburka­n ekonomi negara. Dari sudut lain pula, pelajar setelah melalui sistem pendidikan di sekolah diharapkan menjadi insan yang berilmu dan seimbang dari segi pertumbuha­n rohani, intelek, emosi dan jasmani. Pelaburan yang besar telah diberi kepada sektor pendidikan agar dapat menjadikan pelapis negara dalam bidang ini.

Tidak dinafikan industri teknologi maklumat pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Dalam mengharung­i cabaran ini serta mencapai matlamat Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegr­asikan ICT dalam pengajaran dan pembelajar­an adalah tepat pada masanya. Membangunk­an kekuatan akal tanpa kekentalan rohani akan mewujudkan ketidaksei­mbangan. Oleh itu, adalah penting untuk memperkasa ilmu untuk kesejahter­aan dan keperkasaa­n sejagat yang tentunya bermula dari sekolah yang seharusnya dilakukan dalam konteks kefahaman yang bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia