Utusan Borneo (Sabah)

Projek Wireless Walk mampu jana pendapatan peniaga kecil

-

MIRI: Setiap peniaga gerai Wireless Walk di Jalan North Yu Seng mampu memperoleh pendapatan antara RM400 hingga RM900 dalam sehari.

Perkara itu dijelaskan Pengerusi Persatuan Belia Miri (PBM) Matassan Rohani melihat kepada anggaran pendapatan peniaga yang berniaga di laluan tersebut sebelum ini.

Laluan sepanjang 500 meter itu kini dikosongka­n untuk pelaksanaa­n projek Koridor Pelanconga­n oleh Kerajaan Sarawak yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5 juta.

Dalam perancanga­n, lebih 60 gerai dengan rekaan moden akan dibina di atas laluan itu untuk menghidupk­an suasana dan tarikan North Yu Seng yang popular dalam kalangan penduduk dan pelancong khasnya pada waktu malam.

“Projek ini sangat penting dan memberi makna besar kepada masyarakat Miri terutama untuk pembanguna­n usahawan dalam memampan ekonomi masyarakat setempat selain membuka peluang pekerjaan dan perniagaan.

Ini boleh dilihat sebagai satu tarikan pelanconga­n sejajar dengan pembanguna­n bandar raya Miri sebagai salah satu bandar raya pelanconga­n di Sarawak,” jelas beliau kepada pemberita, pada Isnin.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dalam kenyataan medianya beberapa hari lalu meminta agar pelaksanaa­n projek ditangguhk­an kerana dilihat sesak dan tidak realistik untuk dibina di atas laluan pejalan kaki. Pembinaann­ya juga dikhuatiri akan menyebabka­n kesesakan lalu lintas dan masalah kebersihan.

Cadangan Dr Teo untuk menghentik­an seketika projek ini dibidas dan ditentang Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri dan Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang juga Adun Senadin Datuk Lee Kim Shin turut menyatakan sokongan terhadap projek itu daripada aspek ekonomi dan pelanconga­n Miri.

Tidak kurang juga ada pihak menyokong cadangan Dr Teo yang mahu laluan tersebut dikekalkan sebagai laluan pejalan kaki.

“Kami ahli PBM menolak pembatalan projek ini kerana ia amat penting sebagai salah satu tarikan pelanconga­n di Miri setelah siap nanti,” tegasnya.

Sebelum ini, beberapa pengusaha restoran dan kedai kopi pernah mengadu kepada Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon tentang pelaksanaa­n projek ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia