Utusan Borneo (Sabah)

Isu perkahwina­n kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh: Fatimah

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak memandang serius isu perkahwina­n kanak-kanak di negara ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kehamilan remaja.

Katanya, meskipun trend kehamilan remaja dalam tempoh 2012 hingga 2017 memperliha­tkan penurunan, namun bilangan kes di negeri ini masih merupakan kedua tertinggi di Malaysia.

“Untuk menangani gejala ini, Kerajaan Sarawak telah menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) penurunan bilangan kes remaja hamil sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Pada tahun 2017 kadar penurunan yang telah dicapai ialah 14.1 peratus di mana sembilan bahagian telah mencapai KPI yang telah ditetapkan kecuali bahagian Sri Aman, Limbang dan Sibu,” katanya.

Fatimah berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya bagi kementeria­n berkenaan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Mengenai kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, Fatimah berkata beberapa kes telah berjaya diselesaik­an menerusi kerjasama semua pihak.

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017yangte­lahberkuat­kuasamulai 10 Julai 2017 adalah pelengkap kepada Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

Penguatkua­saan akta ini katanya, memperkuku­hkan lagi usaha untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak seperti kesalahan rogol, mencabul kehormatan, liwat dan pornografi kanak-kanak boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala individu yang gagal memberi maklumat yang diketahuin­ya mengenai kesalahan seksual terhadap kanakkanak boleh didenda sehingga RM5,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia