Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar digalak meningkatk­an kemahiran penguasaan bahasa asing

-

MIRI: Para pelajar digalak meningkatk­an kemahiran penguasaan bahasa asing bagi membolehka­n mereka bersaing dan mendapat kedudukan lebih baik dalam pasaran kerja.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim S h i n berkata, meskipun rakyat Malaysia boleh bertutur dalam banyak bahasa seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu selain bahasa ibunda, namun tiada had untuk mempelajar­i bahasa asing yang lain.

“Sebenarnya jika diperhatik­an, banyak peluang pekerjaan untuk mereka yang boleh bertutur dalam bahasa asing. Misalnya bahasa Jepun, Sepanyol dan Perancis yang amat popular sebagai bahasa kedua atau ketiga dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya berucap merasmikan Sarawak Bon Fest 2018 di Eastwood Valley Golf & Country Club, pada Ahad.

Bon F e s t dianjurkan Sekolah Menengah (SM) Sains Miri bertujuan memperkena­lkan bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di sekolah itu.

Lee turut memuji SM Sains M iri yang menawarkan kursus multi bahasa kepada para pelajar serta menganjurk­an Bon F e s t untuk meningkatk­an keyakinan peserta terhadap penguasaan bahasa dan budaya orang Jepun.

“Saya tahu ia bukan perkara senang mempelajar­i sesuatu yang baharu, namun saya percaya melalui latihan berulang kali mereka mampu menguasai bahasa Jepun dengan baik,” kata Lee.

Hadir sama Pengetua SM Sains Miri Mohd Dzul Badzli Abdullah, guru bahasa Jepun Nozomi Morita dan wakil Keduataan Jepun di Kota Kinabalu.

Pengerusi penganjur, Fiona Toh berkata, program dua hari itu adalah sebahagian usaha mereka meningkat pemahaman bukan sahaja dalam bahasa Jepun tetapi budaya Jepun.

Program tersebut yang turut mendapat sokongan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Japan Foundation Kuala Lumpur, dijangka disertai para pelajar bahasa Jepun dari Kuching, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Antara aktiviti yang diselitkan pada dua hari program berkenaan ialah pertanding­an kad karuta, kuiz bahasa Jepun, pertanding­an membuat sushi, selain persembaha­n dan pameran serta pesta makanan Jepun.

Kira-kira 300 penyertaan daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Miri bagi menyertai pertanding­an dan bengkel berkenaan.

Lee pada pada majlis tersebut turut menyampaik­an peruntukan RM5,000 sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap aktiviti berkenaan.

 ??  ?? LEE (dua kanan) menunjukka­n tanda bagus semasa melawat peserta pertanding­an membuat sushi yang diadakan sempena Sarawak Bon Fest 2018 anjuran SM Sains Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club.
LEE (dua kanan) menunjukka­n tanda bagus semasa melawat peserta pertanding­an membuat sushi yang diadakan sempena Sarawak Bon Fest 2018 anjuran SM Sains Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia