Utusan Borneo (Sabah)

Isu bekalan air dapat diatasi penghujung 2025

-

KUCHING: Isu bekalan air yang sering menjadi rungutan ramai yakin dapat diatasi menjelang penghujung 2025.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata masalah tekanan rendah dan gangguan bekalan akan diselesaik­an dengan pelaksanaa­n Sistem Grid Bekalan Air Sarawak.

Kerajaan Sarawak katanya, memperuntu­kkan RM8 bilion bagi projek itu dan RM2 bilion daripadany­a disediakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11.

Sebagai pelaksanaa­nnya, Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air sedang dilakukan bagi menyediaka­n rangka kerja holistik mengatasi masalah yang dirasai di seluruh Sarawak.

“Sejajar dengan isu bekalan air yang kini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sistem Grid Bekalan Air Sarawak akan fokus di kawasan kritikal terlebih dahulu,” katanya pada sesi penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Isnin.

Dr Rundi menjelaska­n tentang RM2 bilion, dana itu membabitka­n pelaksanaa­n 222 projek yang membabitka­n sumber air mentah, loji rawatan, sistem agihan, kerja menambah baik, penukaran paip, pengurusan air terbuang, inisiatif pemodenan dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS).

“Di bawah Program Sistem Grid Bekalan Air Sarawak - kawasan tumpuan, SAWAS juga termasuk.

“Pelaksanaa­n projek SAWAS amat penting dalam memastikan visi Sarawak mencapai 100 peratus liputan bekalan air pada 2025.

“Ini kerana SAWAS merupakan sistem bekalan air paling strategik yang berupaya menyediaka­n air bersih kepada penduduk luar bandar yang terjejas bekalan selama ini,” ujarnya sambil menambah, ini kerana kedudukan penempatan beberapa kawasan terletak jauh dari sistem bekalan air sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia