Utusan Borneo (Sabah)

Miniatur tarikan utama pameran ulang tahun ke-15 Lawak Kampus

-

BUAT julung kalinya, miniatur 3D menampilka­n watak-watak komik popular tanah air, Lawak Kampus, diketengah sempena ulang tahun ke15 karya kartunis Keith itu, yang diterbitka­n oleh Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd (Gempak Starz).

Miniatur karakter utama seperti Vanness, Cikgu Noodle, Aditas, Si Kosong dan Bepop dijangka menjadi tarikan utama pameran komik bersiri itu di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur yang bermula pada 9 Julai dan berakhir pada 25 Julai bertemakan Lawak Tanpa Henti.

“Sebenarnya Keith telah lama mahu menampilka­n gelagat karakter komik Lawak Kampus dengan membuat miniatur khas.

“Sempena ulang tahun ini, beliau mengambil peluang untuk merealisas­ikan impiannya melalui kerjasama dengan seorang artis bebas tempatan, Levies Desu,” kata Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat Gempak Starz, Nur Edayu Musa, kepada Bernama baru-baru ini.

Sudut khas yang menampilka­n miniatur itu berjaya membawa peminat menyelami dunia Lawak Kampus, yang mula diterbitka­n sejak 2003, menerusi ciri-ciri unik dan terperinci yang sinonim dengan setiap watak.

Beliau berkata selepas pameran tamat, miniatur itu akan ditempatka­n di galeri Gempak Starz dan mereka yang berminat boleh memohon untuk mengadakan lawatan ke syarikat tersebut di Bandar Tasik Selatan.

Pameran itu turut menampilka­n lakaran asal komik (dibuka untuk jualan pada harga bermula RM200), replika ruang kerja Keith, gerai jualan yang mengetenga­hkan pelbagai barangan seperti edisi terhad komik tersebut dan rantai kunci serta replika karakter Lawak Kampus.

Sesi ramah mesra dan menandatan­gani autograf bersama Keith, atau nama sebenarnya Chong Kah Hwee, 42, iaitu artis komik yang bertanggun­gjawab dalam mengorak kejayaan Lawak Kampus.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata pameran itu merupakan satu interpreta­si penghargaa­n daripada Keith buat peminat tegar beliau dan diadakan serentak dengan ulang tahun ke-60 Balai Seni Negara.

Nur Edayu berkata Gempak Starz turut mencetak 10,000 naskhah edisi eksklusif terhad komik Lawak Kampus setiap tiga bulan yang hanya dijual di Kedai Buku Popular dan kedai serbaneka 7 Eleven.

Sempena ulang tahun ke-15 komik itu, Gempak Starz akan mengadakan jualan ‘pop-up store’ selama sebulan di setiap tiga lokasi terpilih Kedai Buku Popular iaitu Sunway Pyramid, Subang Jaya (Ogos), Johor Tebrau City, Johor Baharu (Oktober) dan Penang Gurney Plaza, George Town (Disember).

Pameran itu adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia