Utusan Borneo (Sabah)

Kejurutera­an moden dan pembinaan struktur mega di dunia dalam ‘Impossible Engineerin­g’ di TV1

-

ANTARA program disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berjaya menarik minat penonton adalah termasuk program dokumentar­i Inggeris yang mengisi slot World Watch setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV1.

Terbaharu mulai 16 Julai tampil dengan dokumentar­i yang memberi tumpuan dan fokus kepada kejurutera­an dan pembinaan struktur mega bertajuk ‘Impossible Engineerin­g’.

Sepanjang 26 episod siarannya, dokumentar­i ini mengangkat perkongsia­n tentang kejurutera­an moden di mana jurutera-jurutera berjaya membina beberapa struktur-struktur mega dan mustahil. Mereka mengambil risiko dengan menggunaka­n bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu merevolusi­kan bidang mereka.

Paparan mengujakan dikongsika­n dalam episod yang memberi fokus terhadap pembinaan kapal perang. Tumpuan utama diberikan kepada kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth yang dibina oleh jurutera-jurutera negara Britain.

Kapal ini yang telah siap dalam tahun 2014, mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar daripada dua padang bola sepak, dan dapat dipenuhi dengan jet pejuang F35 yang canggih. Dalam episod ini, Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineerin­g, mengisahka­n bagaimana kapal ini dibina dan cabaran dan halangan yang di hadapi oleh juruteraju­rutera Britain semasa pembinaan.

Terdapat juga temuramah dengan beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid, Stuart Justice dan lain-lain.

Episod seterusnya memberi fokus terhadap pembinaan jambatan Rion Antirion di Greece, sebuah struktur kejurutera­an yang mega dan mustahil. Jambatan kabel ini adalah antara jambatan yang paling panjang di dunia dan juga merupakan satu-satunya yang tergantung oleh kabel sepenuhnya.

Jambatan ini melintasi Teluk Corinth berhampira­n dengan Patras, dan menghubung­kan bandar Rio di semenanjun­g Peloponnes­e ke Antirrio di Greece. Ianya dibuka pada bulan Ogos 2004. Jurutera-jurutera yang terlibat dalam pembinaann­ya terpaksa menghadapi beberapa cabaran seperti angin taufan dan juga laut yang begitu dalam.

Di samping itu jambatan ini dibina dalam zon gempa bumi yang aktif dan dengan demikian ianya perlu bertahan kukuh.

Episod ini memberi fokus terhadap pembinaan Menara Shanghai yang kedua tertinggi di dunia dan siap pada tahun 2014. Oleh kerana, menara ini dibina dengan amalan kejurutera­an futuristik dan teknologi canggih, penghuni yang berada dalam bangunan ini tidak akan merasa apa-apa pergerakan apabila bangunan ini bergoyang.

Menara pencakar langit ini, mempunyai ketinggian sepanjang 632 meter dan terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai. Menara ini juga mempunyai dek pemerhatia­n tertinggi di dunia dan mempunyai lif yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu hampir 74km sejam.

Program ini turut menyiarkan tentang pembinaan lapangan terbang Kansai di Osaka Bay, Jepun, yang dibina diatas sebuah pulau buatan manusia yang terbesar di dunia. Pembinaan sebuah pulau tiruan di atas dasar tanah liat menjadikan projek kejurutera­an ini sebagai sebuah projek yang paling megah dan mustahil.

 ??  ?? JAMBATAN RION ANTIRION DI GREECE
JAMBATAN RION ANTIRION DI GREECE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia