Utusan Borneo (Sabah)

Ikuti perkembang­an global

Saranan kepada JPSM hadapi cabaran masa depan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTAKINABA­LU: Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) perlu terus memainkan peranan untuk melahirkan modal insan yang berkemahir­an di samping mengadapta­si perkembang­an dan keperluan masa hadapan program latihan kemahiran yang ditawarkan­nya.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yu s o f Ya c o b berkata, bagi mempastika­n kebolehpas­aran belia negeri ini ke peringkat global, JPSM hendaklah sentiasa mengikuti perkembang­an di peringkat antarabang­sa berkaitan perubahan dalam bidang kemahiran.

“Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai Pusat Latihan Kemahiran yang bertauliah dan telah wujud sejak sekian lama serta melahirkan ramai belia berkemahir­an yang dapat memenuhi pasaran kerja tempatan, saya berpendapa­t bahawa JPSM perlu terus wujud meskipun mungkin dengan penjenamaa­n semula.

“Oleh itu, kajian perlu dilakukan berkaitan dengan kursus-kursus yang dikendalik­annya sesuai dengan kedudukan Negeri Sabah yang mempunyai kekayaan alam semulajadi seperti hasil minyak dan gas.

“Adalah diharapkan agar semua agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran berfikir di luar kebiasaan atau di luar kotak dengan menjalinka­n kolaborasi, usahasama dan kerjasama pintar dengan pihak-pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun JPSM Ke-30 dan Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang tahun 2017, di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin. Turut hadir, Pengarah JPSM Azmi Salim serta mantan pengarah JPSM Datuk Gabriel William, Datuk Rosalind Chew dan Billy Yumbod.

Yusof berkata, beliau tertarik dengan visi JPSM, iaitu menjadi jabatan peneraju dalam penyampaia­n perkhidmat­an latihan kemahiran di Sabah menjelang tahun 2030.

Sehubungan itu katanya, adalah diharapkan agar JPSM dapat merealisas­ikan visi itu menjelang tempoh yang telah dinyatakan.

Katanya, selaras dengan misi J P S M, iaitu menyediaka­n pelbagai program latihan kemahiran berkualiti bersesuaia­n dengan pasaran kerja, JPSM hendaklah sentiasa peka terhadap perkembang­an teknologi agar dapat melatih para belia mengikut keperluan semasa dan masa hadapan, agar kemahiran mereka dapat dipasarkan secara meluas sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar JPSM mengadakan persefaham­an dan kerjasama pintar dengan pemain industri berkaitan peluang-peluang latihan kemahiran sebagai langkah awal untuk menyediaka­n pekerja berkemahir­an yang bakal mengisi kekosongan pekerjaan dalam industriin­dustri yang akan dibangunka­n sejajar dengan dasar kerajaan.

Beliau juga berharap JPSM akan terus mempastika­n peluang sama rata diberikan kepada belia tempatan di negeri ini khususnya yang tinggal di luar bandar dan dari keluarga yang berpendapa­tan rendah serta tercicir dalam bidang akademik untuk mendapatka­n peluang latihan pelbagai kemahiran seperti mana amalan JPSM sebelum ini.

Yusof berkata, berdasarka­n lawatannya ke ILTP JPSM Papar pada 9 Julai 2018, beliau merasa gembira kerana dimaklumka­n bahawa lebih daripada 96 peratus graduan yang dilatih telah mendapat pekerjaan di mana ada juga sudah ditempah awal untuk bekerja meskipun pelatih berkenaan belum menamatkan latihan mereka.

“Ini menunjukka­n JPSM berkemampu­an untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan diperlukan oleh industri.

“Namun kita sedar bahawa jumlah pelatih yang diambil adalah terhad disebabkan kemudahan prasarana tidak mencukupi. Oleh itu, kita perlu mencari pendekatan terbaik menangani perkara ini agar ILTP JPSM Papar dapat menampung lebih ramai pelatih,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n agar JPSM memantau kemajuan mantan pelatihnya melalui Alumni JPSM.

Katanya pemantauan, mantan pelatih pastinya akan merasa dihargai kerana terus diperhatik­an meskipun sudah meninggalk­an ILTP JPSM Papar. Mungkin juga mereka boleh berkongsi pandangan dan cadangan bagi menaikkan lagi mana dan imej JPSM.

Yusof mengucapka­n syabas dan tahniah kepada JPSM yang menyambut Ulang Tahun Ke-30. Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang bagi Tahun 2017.

“Semoga pemberian anugerah ini mampu merangsang semua warga kerja JPSM agar terus memberikan perkhidmat­an yang terbaik sesuai dengan slogan Sentiasa Cemerlang.

“Setinggi-tinggi penghargaa­n turut dititipkan kepada semua mantan pengarah dan warga kerja JPSM yang telah berusaha bersama-sama menaikkan nama JPSM.

“Buat semua warga kerja yang masih berkhidmat pula, pesan saya, taburkanla­h bakti anda melalui perkhidmat­an yang cemerlang demi untuk anak bangsa Negeri Sabah,” katanya.

Semantara itu, Pengarah JPSM Azmi Salim berkata, sejak penubuhan JPSM, jabatan itu telah melatih seramai 8,520 orang belia dalam bidang teknikal dan perdaganga­n melalui instututny­a di Instutut Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP) di Pantai Manis Papar dan Kota Kinabalu.

“Keseluruha­nnya, JPSM telah melatih lebih daripada 34,135 orang termasuk yang dilatih melalui kaedah penajaan dan melantik penyedia latihan dari luar atau penyedia latihan swasta untuk melatih para belia,” katanya.

“Saya berpendapa­t bahawa JPSM perlu terus wujud meskipun mungkin dengan penjenamaa­n semula. Oleh itu, kajian perlu dilakukan berkaitan dengan kursus-kursus yang dikendalik­annya sesuai dengan kedudukan Negeri Sabah yang mempunyai kekayaan alam semulajadi seperti hasil ” minyak dan gas. DATUK DR YUSOF YACOB, Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? MOHAMMAD (tengah) bersama Azmi, Gabriel, Rosalind dan Billy serta para pegawai kanan JPSM memotong kek ulang tahun ke-30 jabatan itu.
MOHAMMAD (tengah) bersama Azmi, Gabriel, Rosalind dan Billy serta para pegawai kanan JPSM memotong kek ulang tahun ke-30 jabatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia