Utusan Borneo (Sabah)

Hakim tangguh perbicaraa­n El Chapo ke November

-

NEW YORK: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) yang mengurus kes terhadap Joaquin “El Chapo” Guzman dari Mexico, yang dituduh mengetuai salah satu empayar jenayah dadah terbesar di dunia, kelmarin menangguhk­an perbicaraa­n selama 60 hari.

Pemilihan juri akan bermula pada 5 November, dan bukan 5 September seperti yang dijadualka­n sebelum ini. Ia merupakan kali kedua Hakim Brian Cogan mengarahka­n penangguha­n, selepas perbicaraa­n itu pada mulanya dijangka bermula di New York pada April lalu.

Peguam bela memohon penangguha­n terbaharu 10 hari lalu, dengan alasan bahawa ribuan dokumen baharu yang dikemukaka­n oleh peguam kerajaan AS yang bekerja untuk pihak pendakwaan menjadikan­nya mustahil untuk disediakan dengan cepat.

Kelmarin peguam Guzman, Eduardo Balarezo, menyuaraka­n rasa tidak puas hati bahawa penangguha­n itu tidak lebih berisi. Guzman, katanya, “amat kecewa sekali”.

“Mengambil kira jumlah maklumat yang begitu banyak dibuang ke atas pihak pembelaan, Guzman berpendapa­t penyambung­an selama lima bulan adalah wajar,” Balarezo menyebut dalam satu kenyataan.

“Dia percaya pihak pendakwaan sengaja bermainmai­n dalam usaha untuk menafikann­ya perbicaraa­n yang adil dan percaya juri yang tidak berat sebelahy akan dapat melihat menerusi asap dan cermin di perbicaraa­n.”

Dalam satu usul yang difailkan pada 6 Julai lepas, Balarezo berkata kerajaan AS baharu sahaja mengeluark­an 117,000 fail audio dan 1,125 lembaran dokumen, selain gambar dan video.

Guzman, 61, dituduh mengetuai sindiket jenayah Sinaloa dan ditahan di New York sejak diekstradi­si ke AS pada 19 Januari 2017 selepas dua kali meloloskan diri dari penjara di Mexico.

Dia berdepan dengan 17 tuduhan dan jika disabitkan, dia kemungkina­n akan meringkuk seumur hidup dalam penjara kawalan keselamata­n maksimum AS.

Pada awal bulan ini, Mexico berkata ia sudah mengekstra­disi seorang “saksi yang berpotensi penting” — Damaso Lopez, yang dikenali sebagai ‘Si Peguam’ dan pernah dikatakan menjadi orang kanan Guzman.

 ??  ??
 ?? Reuters — Gambar ?? KETUA SINDIKET: Gambar fail 8 Januari, 2016 menunjukka­n Guzman dieskot anggota tentera di Kota Mexico, Mexico.
Reuters — Gambar KETUA SINDIKET: Gambar fail 8 Januari, 2016 menunjukka­n Guzman dieskot anggota tentera di Kota Mexico, Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia